Penasihat DAP, Lim Guan Eng.
DAP menggesa UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan atau Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengambil tindakan menyingkirkan parti itu sekiranya terus didakwa mensabotaj kerajaan demi kepentingan politik.
Penasihat DAP, Lim Guan Eng berkata, tindakan UMNO mengeluarkan kenyataan yang bercanggah mengikut keadaan politik menunjukkan sikap tidak konsisten parti itu dalam menangani isu berkaitan kerajaan.
Menurutnya, UMNO seolah-olah hanya mahu menerima sesuatu prinsip dan undang-undang apabila ia memberikan keuntungan kepada kepentingan politik mereka.
“Sudah tiba masanya untuk UMNO keluar daripada kerajaan. Sekiranya mereka enggan berbuat demikian, saya berharap Anwar dapat menyingkirkan UMNO daripada kerajaan.
“Biarlah kami menjalankan tugas mentadbir negara demi rakyat Malaysia, bukannya terus menyaksikan UMNO secara terbuka mensabotaj kerajaan sendiri dengan menggunakan sumber kerajaan untuk menjatuhkan, menggulingkan dan melemahkan kerajaan yang turut mereka anggotai,” katanya selepas menghadiri program Malam Harapan di Malim, malam tadi.
Guan Eng turut mempersoalkan pendirian UMNO yang didakwa sering berubah-ubah mengikut kepentingan politik semasa.
“Lihat sahaja kenyataan UMNO, hari ini mereka berkata sesuatu, esok pula kenyataan berbeza, asalkan ia memenuhi kepentingan politik mereka. Saya fikir kita sudah cukup dengan semua perkara yang tidak masuk akal ini,” katanya.
Kenyataan Guan Eng itu hadir ketika hubungan antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan terus menjadi perhatian, khususnya selepas timbul perbezaan pandangan mengenai hala tuju pentadbiran dan kedudukan Kabinet.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi berpandangan pembubaran Parlimen lebih baik berbanding rombakan Kabinet sekiranya berlaku perubahan dalam pentadbiran ketika ini.
Ahmad Zahid berkata, beliau tidak melihat keperluan untuk mengadakan rombakan Kabinet, malah berpendapat mandat baharu perlu diserahkan kepada rakyat sekiranya kerajaan mahu dibentuk semula.
“ Sebaik-baiknya bukan rombakan Kabinet, sebaik-baiknya Parlimen dibubarkan. Itu kita berikan mandat semula kepada rakyat dan kita bentuklah kerajaan baharu selepas itu,” katanya.
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
PAS tidak berhasrat sertai PH untuk hadapi PRU-16: Idris Ahmad
Amanah buka pintu, Bersatu sedia teliti kerjasama baharu: Azmin
PRU-16: PH boleh pertimbang logo parti masing-masing
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan