Gangguan Microsoft 365 bukan serangan siber: NACSA

November 13, 2026 · Isu semasa

Gangguan perkhidmatan Microsoft 365 yang berpotensi menjejaskan pengguna di seluruh dunia termasuk Malaysia berpunca daripada masalah teknikal dan bukannya serangan siber, menurut Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA).

NACSA menerusi kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan, gangguan itu membabitkan beberapa aplikasi utama Microsoft termasuk Outlook, Teams, SharePoint, Microsoft 365 Copilot dan Defender XDR.

“Berdasarkan maklumat semasa, gangguan ini lebih cenderung berpunca daripada isu teknikal atau infrastruktur dan bukan serangan siber,” menurut kenyataan itu.

Susulan kejadian berkenaan, Pusat Penyelarasan dan Kawalan Siber Negara (NC4) di bawah NACSA menasihatkan semua agensi kerajaan serta entiti Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII) supaya menyemak status perkhidmatan masing-masing bagi mengenal pasti kesan gangguan berkenaan terhadap operasi organisasi.

NACSA turut mengingatkan semua pihak berkaitan supaya memastikan pemantauan keselamatan siber terus berjalan seperti biasa walaupun berdepan gangguan perkhidmatan.

“Semua pihak berkaitan diminta memastikan pemantauan keselamatan siber tidak terganggu dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini daripada Microsoft,” menurut kenyataan itu.

Agensi berkenaan turut meminta organisasi yang mengalami gangguan operasi supaya segera membuat laporan menerusi saluran pelaporan sedia ada.

Gangguan perkhidmatan Microsoft 365 boleh memberi kesan kepada urusan komunikasi, mesyuarat dalam talian, perkongsian dokumen serta penggunaan perkhidmatan awan yang menjadi sebahagian daripada operasi harian banyak organisasi.

Insiden itu turut menunjukkan kepentingan pemantauan berterusan terhadap infrastruktur digital, khususnya bagi agensi kerajaan dan organisasi yang mengendalikan perkhidmatan kritikal negara.

Berita berkaitan
Dakwaan data Malaysia bocor belum disahkan, NACSA pantau ancaman
November 18, 2026· Isu semasa
Ancaman siber semakin serius, Malaysia perlu bersedia
November 14, 2026· Isu semasa
ITU PP-26: Malaysia bangunkan pelan nasional kriptografi pascakuantum – Fahmi
November 9, 2026· Isu semasa
Anwar beri amaran risiko serangan siber terhadap Malaysia
November 3, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kes dadah TUDM: Kabinet akan bincang kawalan keselamatan pangkalan udara
11 jam lalu · Isu semasa
Penempatan Rohingya: Media antarabangsa lapor kerajaan Turkiye nafi kenyataan Zahid
11 jam lalu · Isu semasa
Penjara terlebih kapasiti, hampir 25,000 banduan dibebas secara lesen
11 jam lalu · Isu semasa
Lima syarikat Bumiputera berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia
11 jam lalu · Isu semasa
Eksekutif rugi RM617,000 diperdaya pelaburan aksesori kereta
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok