UMNO mahu penjelasan isu minit Lembaga Pengampunan Najib yang bocor

November 18, 2026 · Politik

UMNO menuntut penjelasan rasmi berhubung dakwaan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan berkaitan pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Najib Razak, sudah dinyahklasifikasikan dan dikongsi kepada umum.

Ketua Penerangan UMNO, Azalina Othman Said berkata pihak bertanggungjawab perlu menjelaskan status sebenar dokumen berkenaan, termasuk sama ada proses penyahklasifikasian dilakukan secara rasmi mengikut prosedur ditetapkan.

Beliau berkata, penjelasan juga perlu diberikan mengenai pihak yang membuat keputusan itu serta tarikh keputusan berkenaan dilaksanakan.

“Apakah asas kuasa yang digunakan, tatacara yang dipatuhi, dan tujuan pengelasan semula itu?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azalina turut mempersoalkan kesahihan dokumen yang kini tersebar kepada umum, termasuk sama ada salinan berkenaan sepadan dengan rekod rasmi Lembaga Pengampunan.

Selain itu, beliau mahu dipastikan sama ada proses penyahklasifikasian membabitkan keseluruhan minit mesyuarat, termasuk semua lampiran berkaitan, atau hanya bahagian tertentu sahaja.

Menurutnya, perkara itu perlu diperjelaskan bagi memastikan ketelusan proses pentadbiran serta mengelakkan kekeliruan berhubung status dan kesahihan dokumen berkenaan.

Isu itu kembali menjadi perhatian susulan perkembangan berkaitan pengampunan bersyarat Najib yang sebelum ini mencetuskan perdebatan mengenai tempoh hukuman, pengurangan denda serta pelaksanaan baki hukuman melalui tahanan di rumah.

Najib sebelum ini menerima pengampunan bersyarat yang membolehkan baki hukuman penjara kes SRC International dijalani di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat ditetapkan.

UMNO mahu semua persoalan berkaitan status dokumen berkenaan dijawab secara rasmi supaya tidak timbul sebarang keraguan terhadap proses dan keputusan Lembaga Pengampunan.

Berita berkaitan
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
2 jam lalu· Politik
Ismail Lasim dirawat di hospital, keadaan semakin pulih: Bernama
2 jam lalu· Politik
Zahid janji GST kembali jika BN kuasai Putrajaya
2 jam lalu· Politik
Konvensyen Amanah lulus usul bantah tahanan rumah Najib
2 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
10 jam lalu · Politik
PAS tidak berhasrat sertai PH untuk hadapi PRU-16: Idris Ahmad
22 jam lalu · Politik
Amanah buka pintu, Bersatu sedia teliti kerjasama baharu: Azmin
22 jam lalu · Politik
PRU-16: PH boleh pertimbang logo parti masing-masing
22 jam lalu · Politik
Jangan pertahan pemimpin rasuah kerana sebangsa: Mat Sabu
November 21, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok