Muda bidas BN gopoh umum peletakan jawatan MB Negeri Sembilan

November 18, 2026 · Politik

Barisan Nasional (BN) didakwa bertindak terburu-buru apabila mengumumkan peletakan jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan sebelum mendapat pengesahan dan perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Pengerusi Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Negeri Sembilan, Redzuan Ahmed Abdullah berkata, tindakan itu memperlihatkan BN lebih mengutamakan percaturan politik berbanding usaha menyelesaikan kemelut pentadbiran negeri secara harmoni.

Beliau menegaskan, Muda tidak berniat mempertahankan kedudukan politik Menteri Besar, Ismail Lasim, sebaliknya mahu semua pihak menghormati proses penyelesaian yang sedang berlangsung antara kerajaan negeri dengan pihak Istana.

“Muda Negeri Sembilan menyatakan perkara ini bukanlah bertujuan menyokong atau mempertahankan kedudukan politik Datuk Ismail Lasim.

“Sebaliknya, kepimpinan UMNO dan BN perlu menghentikan campur tangan dalam pergolakan kerajaan Negeri Sembilan serta menghormati proses penyelesaian yang sedang diusahakan antara kerajaan negeri dan pihak Istana,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut Redzuan, krisis pentadbiran negeri sebenarnya menunjukkan perkembangan positif ke arah penyelesaian sebelum BN membuat pengumuman mengenai peletakan jawatan itu secara sepihak.

Beliau mendakwa, hanya 80 minit selepas Ismail diberikan perkenan untuk menghadap Tuanku Muhriz, Setiausaha Agung BN, Zambry Abdul Kadir membuat pengumuman menerusi media sosial pada jam 10 malam, 16 November lalu.

Pengumuman itu dibuat berdasarkan salinan surat peletakan jawatan yang berada dalam milikannya.

Malah, Redzuan mendakwa surat berkenaan hanya dihantar ke Istana Hinggap, Seremban pada jam 12.16 pagi, 17 November, iaitu lebih dua jam selepas pengumuman dibuat.

Katanya, perkara lebih membimbangkan apabila pihak Istana memaklumkan ketulenan surat berkenaan masih belum disahkan, namun BN dilaporkan sudah mengemukakan calon tunggal bagi menggantikan Menteri Besar.

“Walaupun ketulenan surat berkenaan belum disahkan oleh pihak Istana dan sesi menghadap Tuanku Muhriz hanya dijadualkan berlangsung pada 20 November ini, kepimpinan BN dilaporkan telah pun bertindak mengemukakan calon tunggal Menteri Besar yang baharu,” katanya.

Beliau turut mengingatkan, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan menetapkan peletakan jawatan Menteri Besar perlu dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Besar dan hanya berkuat kuasa selepas mendapat perkenan baginda.

Sehubungan itu, Redzuan menggesa Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi serta kepimpinan parti berkenaan memberikan penjelasan terbuka sama ada surat peletakan jawatan itu benar-benar dibuat atas kerelaan Ismail.

Beliau turut menyifatkan tindakan BN sebagai mencerminkan sikap tidak menghormati institusi Raja-Raja Melayu serta bidang kuasa Istana.

Muda Negeri Sembilan, katanya, mahu semua pihak menghentikan percaturan politik berpanjangan supaya pentadbiran negeri dapat kembali berfungsi sepenuhnya demi kepentingan rakyat.

Kemelut politik Negeri Sembilan tercetus susulan perkembangan berkaitan kedudukan Menteri Besar dan hubungan antara kepimpinan UMNO-BN dengan kerajaan negeri. Perkembangan terbaharu mengenai status peletakan jawatan itu kini bergantung kepada proses pengesahan serta keputusan pihak Istana.

Berita berkaitan
Ismail Lasim dirawat di hospital, keadaan semakin pulih: Bernama
2 jam lalu· Politik
Zahid janji GST kembali jika BN kuasai Putrajaya
2 jam lalu· Politik
Konvensyen Amanah lulus usul bantah tahanan rumah Najib
2 jam lalu· Politik
Penempatan Rohingya: Media antarabangsa lapor kerajaan Turkiye nafi kenyataan Zahid
10 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
1 jam lalu · Politik
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
9 jam lalu · Politik
PAS tidak berhasrat sertai PH untuk hadapi PRU-16: Idris Ahmad
21 jam lalu · Politik
Amanah buka pintu, Bersatu sedia teliti kerjasama baharu: Azmin
22 jam lalu · Politik
PRU-16: PH boleh pertimbang logo parti masing-masing
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok