Isu solat Jumaat: Adam Adli minta Khoo Poay Tiong tarik balik kenyataan, mohon maaf

November 20, 2026 · Politik

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli menegur Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong supaya menghormati kedaulatan undang-undang negeri serta sensitiviti agama ketika mengulas isu pelaksanaan dasar berkaitan kewajipan Solat Jumaat di Terengganu.

Adam berkata, perkara berkenaan merupakan urusan pentadbiran negeri yang mempunyai asas perundangan melalui enakmen negeri, selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, meskipun terdapat perbezaan pandangan mengenai asas sesuatu undang-undang, mandat rakyat yang diberikan kepada badan perundangan dan kerajaan negeri perlu dihormati.

“Dalam konteks Negeri Terengganu, ia adalah mandat yang diberikan rakyat negeri itu kepada Legislatif dan Eksekutif mereka untuk menggubalnya.

“Maka kita wajib hormati mandat tersebut seperti mana kita mahu orang hormati mandat yang diberi kepada kita,” katanya menerusi kenyataan di media sosial.

Beliau turut menjelaskan kewajipan menunaikan Solat Jumaat bagi lelaki Muslim bukan sekadar amalan budaya atau adat, sebaliknya tuntutan agama yang mempunyai sandaran jelas dalam al-Quran, termasuk Surah al-Jumu’ah ayat 9.

Katanya, ayat berkenaan turut menegaskan kewajipan meninggalkan urusan jual beli apabila seruan untuk menunaikan Solat Jumaat dikumandangkan.

Justeru, Adam berpandangan pelaksanaan dasar bagi memelihara kewajipan tersebut dalam masyarakat majoriti Muslim perlu difahami berdasarkan konteks kehidupan beragama masyarakat setempat.

Bagaimanapun, beliau menegaskan perbezaan pandangan terhadap sesuatu dasar masih boleh dibincangkan, namun perbahasan perlu berlandaskan kefahaman terhadap undang-undang, tuntutan agama dan sensitiviti masyarakat.

Sehubungan itu, Adam meminta Khoo menarik balik kenyataan yang dibuat sebelum ini serta mengemukakan permohonan maaf.

“Saling menghormati mesti menjadi asas kehidupan masyarakat majmuk di negara ini,” katanya.

Isu berkenaan memperlihatkan kepentingan memahami pembahagian bidang kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, khususnya dalam perkara berkaitan pentadbiran agama Islam yang turut tertakluk kepada peruntukan undang-undang negeri.

Berita berkaitan
PRU-16: PH boleh pertimbang logo parti masing-masing
20 jam lalu· Politik
Kenyataan Khoo Poay Tiong boleh jejaskan sokongan Melayu kepada DAP: Kian Ming
November 21, 2026· Politik
Khoo Poay Tiong mohon maaf isu arahan tutup premis
November 21, 2026· Politik
AMK desak siasatan isu surat peletakan jawatan MB Negeri Sembilan
November 20, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
November 22, 2026 · Politik
Ismail Lasim dirawat di hospital, keadaan semakin pulih: Bernama
November 22, 2026 · Politik
Zahid janji GST kembali jika BN kuasai Putrajaya
November 22, 2026 · Politik
Konvensyen Amanah lulus usul bantah tahanan rumah Najib
November 22, 2026 · Politik
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok