Kenyataan Khoo Poay Tiong boleh jejaskan sokongan Melayu kepada DAP: Kian Ming

November 21, 2026 · Politik

DAP berdepan risiko kehilangan sokongan pengundi Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) susulan kontroversi kenyataan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berhubung arahan penutupan sementara premis perniagaan di Terengganu bagi memberi laluan kepada solat Jumaat.

Bekas Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming berpandangan kontroversi itu berpotensi menjejaskan peluang DAP mempertahankan beberapa kerusi Parlimen yang mempunyai jumlah pengundi Melayu yang besar, termasuk Bangi, Bentong dan Raub.

Beliau berkata, DAP perlu mengambil serius kesan kenyataan berkenaan kerana ia boleh mempengaruhi persepsi pengundi Melayu terhadap parti itu menjelang PRU-16.

Mengambil contoh Parlimen Bangi, Kian Ming bimbang pengundi Melayu lebih mengingati kenyataan Khoo berbanding khidmat dan sumbangan Ahli Parlimen kawasan itu, Syahredzan Johan.

Malah, beliau berpandangan DAP berisiko kehilangan kerusi berkenaan sekiranya Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) meletakkan calon Melayu yang sederhana dan inklusif untuk mencabar Syahredzan.

“Sedih melihat kerja keras yang dilakukan Syahredzan dan pasukannya terjejas akibat tindakan dan kenyataan bodoh seperti provokasi yang dilakukan Khoo,” katanya menerusi hantaran di platform X.

Menurut Kian Ming, kesan kontroversi itu tidak terhad kepada Bangi, sebaliknya boleh merebak ke kawasan lain yang mempunyai komposisi pengundi Melayu yang besar.

Beliau turut menyifatkan permohonan maaf Khoo sebagai sesuatu yang tidak semestinya mampu memulihkan persepsi negatif yang sudah terbentuk dalam kalangan masyarakat.

“Ini satu lagi contoh DAP yang menembak kakinya sendiri,” katanya.

Terdahulu, Khoo menerima kecaman pengguna media sosial serta beberapa pemimpin politik daripada pelbagai parti, termasuk Pemangku Ketua PKR Melaka, Adam Adli, susulan hantaran yang mengkritik arahan penutupan sementara premis perniagaan di Terengganu pada setiap Jumaat bagi memberi laluan kepada umat Islam menunaikan solat Jumaat.

Bagaimanapun, Khoo kemudian memohon maaf dan mengakui pemilihan perkataan serta nada yang digunakan dalam kenyataannya telah menimbulkan salah faham dan menyinggung perasaan umat Islam.

Kontroversi itu sekali lagi meletakkan cabaran DAP dalam usaha memperkukuh sokongan pengundi Melayu sebagai antara isu penting menjelang PRU16, khususnya di kawasan campuran yang memerlukan sokongan merentas kaum untuk mempertahankan kemenangan.

Berita berkaitan
Zahid janji GST kembali jika BN kuasai Putrajaya
2 jam lalu· Politik
PAS tidak berhasrat sertai PH untuk hadapi PRU-16: Idris Ahmad
22 jam lalu· Politik
Amanah buka pintu, Bersatu sedia teliti kerjasama baharu: Azmin
22 jam lalu· Politik
PRU-16: PH boleh pertimbang logo parti masing-masing
22 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
2 jam lalu · Politik
Ismail Lasim dirawat di hospital, keadaan semakin pulih: Bernama
2 jam lalu · Politik
Konvensyen Amanah lulus usul bantah tahanan rumah Najib
2 jam lalu · Politik
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
10 jam lalu · Politik
Jangan pertahan pemimpin rasuah kerana sebangsa: Mat Sabu
November 21, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok