PRU-16: PH boleh pertimbang logo parti masing-masing

22 jam lalu · Politik

PKR tidak menolak kemungkinan Pakatan Harapan (PH) menggunakan logo parti masing-masing pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), sekali gus membuka ruang kepada gabungan itu menilai semula strategi menghadapi pilihan raya akan datang.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, cadangan itu mempunyai asas untuk dipertimbangkan, mengambil kira pengalaman pilihan raya terdahulu serta perubahan landskap politik semasa.

Menurutnya, perkara berkenaan perlu diperhalusi oleh pucuk pimpinan PH sebelum sebarang keputusan dibuat, kerana kemenangan pilihan raya tidak hanya bergantung kepada penggunaan satu logo atau logo parti masing-masing.

Sebaliknya, beliau berkata, strategi politik, rekod perkhidmatan, pendekatan kepada rakyat dan pemilihan calon turut memainkan peranan penting dalam menentukan sokongan pengundi.

“Saya tidak nafikan ada kewajaran dan juga pertimbangan yang khusus untuk kita menilai semula strategi dan pendekatan.

“Perkara ini perlu diperhalusi oleh pucuk pimpinan, kerana untuk memenangi pilihan raya bukan hanya sekadar soal logo, tetapi merangkumi keseluruhan aspek termasuk strategi politik, perkhidmatan, pendekatan kita dan soal calon sendiri,” katanya selepas menghadiri program Hari Bertemu Komuniti dan Penyerahan Sumbangan Bantuan Belajar di Pejabat Pusat Komuniti Rakyat Padang Rengas.

Mengulas lanjut, Muhammad Kamil berkata, PKR mempunyai pengalaman menggunakan logo parti sendiri dalam beberapa pilihan raya sebelum ini dan perkara itu tidak pernah menjadi masalah kepada pengundi.

Katanya, logo PKR yang dikenali sebagai Keadilan sudah mempunyai sejarah tersendiri dalam arena politik negara, termasuk ketika PH mencipta kemenangan bersejarah pada PRU-14.

“Keadilan sudah hampir 30 tahun di sini dan kita tengok dalam mana-mana pilihan raya pun tidak ada isu, malah sebelum ini pun kita pernah menggunakan logo Keadilan.

“Bahkan logo Keadilan itu pernah melakar sejarah, apabila logo Keadilan itulah telah memenangkan PH pada 2018,” katanya.

Cadangan penggunaan logo parti masing-masing melibatkan parti komponen PH termasuk PKR, DAP dan Amanah, berbanding penggunaan satu logo gabungan seperti yang pernah dilaksanakan dalam pilihan raya sebelum ini.

Isu berkenaan dijangka menjadi antara perkara yang perlu dipertimbangkan PH dalam merangka strategi PRU-16, khususnya bagi memastikan identiti parti komponen terus dikenali pengundi tanpa menjejaskan kerjasama politik dalam gabungan itu.

Berita berkaitan
Zahid janji GST kembali jika BN kuasai Putrajaya
1 jam lalu· Politik
PAS tidak berhasrat sertai PH untuk hadapi PRU-16: Idris Ahmad
21 jam lalu· Politik
Amanah buka pintu, Bersatu sedia teliti kerjasama baharu: Azmin
21 jam lalu· Politik
Kemelut Negeri Sembilan: PH tunggu Ismail buktikan majoriti, patuh titah Tuanku
November 21, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
1 jam lalu · Politik
Ismail Lasim dirawat di hospital, keadaan semakin pulih: Bernama
1 jam lalu · Politik
Konvensyen Amanah lulus usul bantah tahanan rumah Najib
1 jam lalu · Politik
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
9 jam lalu · Politik
Jangan pertahan pemimpin rasuah kerana sebangsa: Mat Sabu
November 21, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok