KDN kaji kawalan lebih ketat di pangkalan tentera, polis

9 jam lalu · Isu semasa

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meneliti langkah memperketat kawalan keselamatan di pangkalan pasukan keselamatan termasuk tentera dan polis susulan penemuan dadah seberat 96.6 kilogram yang dipercayai diseludup menggunakan kemudahan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu dibangkitkan Perdana Menteri dan dijangka dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat ini untuk perbincangan lanjut.

Menurutnya, kawalan keselamatan sebelum ini lebih tertumpu kepada pintu masuk rasmi negara, namun insiden terbaharu memerlukan penelitian semula terhadap tahap keselamatan di pangkalan pasukan keselamatan.

“Tindakan ini perlu memandangkan kawalan keselamatan ketika ini lebih tertumpu kepada pintu masuk rasmi negara.

“Namun, susulan insiden ini, Perdana Menteri ada membangkitkan supaya KDN meneliti semula perkara berkenaan,” katanya selepas menghadiri Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni sempena sambutan Deepavali di Kampung Paya Besar, Lunas, malam tadi.

Pada 19 November lalu, polis membongkar kegiatan sindiket pengedaran dadah yang dipercayai menggunakan kemudahan pengangkutan udara TUDM untuk menyeludup dadah ke Sabah sebelum diedarkan ke pasaran antarabangsa.

Kes itu menyaksikan penahanan 11 individu termasuk lima pegawai TUDM, manakala siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti keseluruhan rangkaian sindiket terbabit.

Saifuddin berkata, kemungkinan terdapat tangkapan susulan berhubung kes berkenaan, termasuk membabitkan anggota tentera dan orang awam.

“Saya tidak boleh sahkan sama ada berkaitan dengan sindiket atau tidak. Biar polis siasat, tetapi dari segi jumlah tangkapan membabitkan tentera dan orang awam, ada kemungkinan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata KDN bersama Kementerian Pengangkutan turut meningkatkan kawalan keselamatan di pintu keluar masuk negara, khususnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Antara langkah dilaksanakan ialah pemeriksaan 100 peratus terhadap destinasi yang dikenal pasti popular dalam kalangan penyeludup, selain pemeriksaan menyeluruh terhadap bagasi dan penumpang.

Katanya, tindakan itu bertujuan menyukarkan pergerakan sindiket penyeludupan yang mungkin terpaksa mencari kaedah pengedaran lain bagi meneruskan kegiatan mereka.

Insiden berkenaan turut mencetuskan persoalan mengenai tahap kawalan dalaman dan keselamatan aset strategik negara, khususnya apabila kemudahan milik pasukan pertahanan dipercayai digunakan untuk kegiatan jenayah terancang.

Berita berkaitan
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
November 22, 2026· Politik
Kes dadah TUDM: Kabinet akan bincang kawalan keselamatan pangkalan udara
8 jam lalu· Isu semasa
Penjara terlebih kapasiti, hampir 25,000 banduan dibebas secara lesen
9 jam lalu· Isu semasa
13 ditahan, tujuh anggota TUDM terlibat sindiket dadah: Laporan
November 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Penempatan Rohingya: Media antarabangsa lapor kerajaan Turkiye nafi kenyataan Zahid
8 jam lalu · Isu semasa
Lima syarikat Bumiputera berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia
9 jam lalu · Isu semasa
Eksekutif rugi RM617,000 diperdaya pelaburan aksesori kereta
9 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat laporan berhubung surat peletakan jawatan Ismail
20 jam lalu · Isu semasa
Tuanku Muhriz bertitah mahu UKM perkukuh integriti dan tadbir urus
November 21, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok