Tuanku Muhriz bertitah mahu UKM perkukuh integriti dan tadbir urus

November 21, 2026 · Isu semasa

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mahu prinsip integriti, ketelusan dan akauntabiliti dijadikan asas dalam setiap aspek pentadbiran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Baginda yang juga Canselor UKM bertitah, prinsip berkenaan bukan sekadar slogan, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui pengurusan kewangan, pentadbiran serta setiap keputusan yang dibuat oleh pihak universiti.

Titah baginda, amalan tadbir urus yang baik penting bagi memastikan kepercayaan masyarakat terhadap institusi pengajian tinggi itu terus diperkukuh.

“Ketelusan, akauntabiliti serta semak dan imbang perlu berjalan seiring dengan kecekapan. Dengan amalan inilah, kepercayaan masyarakat terhadap UKM dapat diperkukuh,” titah baginda ketika menyempurnakan Majlis Konvokesyen UKM ke-54, hari ini.

Mengulas usaha memperkukuh pengurusan universiti, Tuanku Muhriz berkata lembaga pengarah dan pihak pengurusan UKM sudah mengambil beberapa langkah pembaharuan susulan kemelut yang berlaku pada tahun lalu dan sebelumnya.

Antara inisiatif dilaksanakan ialah penubuhan Jawatankuasa Ad Hoc Tadbir Urus (AHGC) serta pelantikan perunding bebas bagi menilai secara menyeluruh amalan tadbir urus universiti.

Penilaian selama 32 minggu itu merangkumi tadbir urus Kumpulan UKM, aspek kewangan dan perolehan.

Baginda menyifatkan langkah berkenaan sebagai bukti kesediaan universiti menerima penilaian secara objektif dan melaksanakan pembaharuan demi kepentingan institusi.

Menurut baginda, kekuatan tadbir urus bukan hanya bergantung kepada struktur dan prosedur, tetapi turut ditentukan oleh nilai yang diamalkan setiap warga universiti.

Sehubungan itu, baginda mahu budaya kerja UKM berteraskan amanah, integriti, profesionalisme, adab dan akauntabiliti, selain memastikan pembangunan bakat serta pelantikan kepimpinan dibuat berdasarkan merit dan kompetensi.

Baginda turut berharap pembangunan Kod Tatakelakuan UKM dan panduan The UKM Way dapat memperkukuh penghayatan nilai berkenaan.

Dalam perkembangan sama, Tuanku Muhriz menzahirkan penghargaan terhadap penubuhan Kursi Diraja Tuanku Muhriz dalam Bidang Integriti dan Tadbir Urus Baik serta Pusat Tadbir Urus dan Amalan Peraturan Baik.

Pada majlis itu, lebih 14,000 graduan diraikan sempena konvokesyen kali ke-54, termasuk jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang yang menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pembangunan Sukan).

Sembilan tokoh akademik UKM turut dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus, manakala dua graduan menerima Anugerah Pelajaran Diraja.

Tuanku Muhriz turut mengingatkan graduan supaya tidak menganggap kejayaan memperoleh ijazah sebagai pengakhiran perjalanan menuntut ilmu, sebaliknya permulaan kepada tanggungjawab lebih besar terhadap masyarakat.

“Beta berharap agar ilmu dan pengalaman di UKM dimanfaatkan untuk menyumbang kepada masyarakat dengan sentiasa memelihara adab, akhlak dan prinsip kebenaran,” titah baginda.

Baginda turut menyeru graduan supaya terus meningkatkan kemahiran, memperbaharui pengetahuan serta menjaga nama baik universiti dan mengekalkan hubungan sebagai alumni.

Berita berkaitan
Ismail Lasim dirawat di hospital, keadaan semakin pulih: Bernama
2 jam lalu· Politik
Polis siasat laporan berhubung surat peletakan jawatan Ismail
22 jam lalu· Isu semasa
Kemelut Negeri Sembilan: PH tunggu Ismail buktikan majoriti, patuh titah Tuanku
November 21, 2026· Politik
Kemelut politik N9: 24 ADUN BN-PN mesyuarat tanpa kehadiran MB, bakal dipecat?
November 20, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Kes dadah TUDM: Kabinet akan bincang kawalan keselamatan pangkalan udara
10 jam lalu · Isu semasa
Penempatan Rohingya: Media antarabangsa lapor kerajaan Turkiye nafi kenyataan Zahid
10 jam lalu · Isu semasa
Penjara terlebih kapasiti, hampir 25,000 banduan dibebas secara lesen
10 jam lalu · Isu semasa
Lima syarikat Bumiputera berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia
10 jam lalu · Isu semasa
Eksekutif rugi RM617,000 diperdaya pelaburan aksesori kereta
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok