Penjara terlebih kapasiti, hampir 25,000 banduan dibebas secara lesen

9 jam lalu · Isu semasa

Seramai 24,936 banduan dibebaskan menerusi program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini dalam usaha mengurangkan kesesakan penjara di seluruh negara.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pelaksanaan PBSL adalah antara pendekatan Jabatan Penjara Malaysia bagi menangani masalah kapasiti penjara yang semakin tertekan akibat jumlah penghuni melebihi kemampuan institusi berkenaan.

Menurutnya, ketika ini Jabatan Penjara menguruskan 41 institusi penjara dengan jumlah penghuni kira-kira 93,000 orang, sedangkan kapasiti keseluruhan hanya sekitar 75,000 orang.

“Sehingga Oktober tahun ini, seramai 24,936 banduan terbabit dalam pelaksanaan PBSL,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni sempena sambutan Deepavali di Kampung Paya Besar, Lunas, malam tadi.

Selain PBSL, katanya, Jabatan Penjara turut melaksanakan program parol dan Orang Diselia Industri (ODI) bagi membantu proses pemulihan banduan serta mengurangkan tekanan terhadap kapasiti penjara.

Sehingga Oktober lalu, seramai 3,899 individu mengikuti program parol yang membolehkan mereka menjalani baki hukuman di luar penjara dengan pemantauan pihak berkuasa.

“Daripada perspektif mengurangkan kesesakan penjara, angka-angka ini tentunya signifikan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Saifuddin berkata program ODI memberi peluang kepada banduan yang layak untuk bekerja dengan majikan dalam pelbagai sektor termasuk pusat mencuci kenderaan, kilang pemasangan motosikal dan sektor perladangan.

Menerusi program itu, banduan berpeluang memperoleh pendapatan melebihi kadar gaji minimum, selain mendapat pengalaman pekerjaan sebelum kembali sepenuhnya ke dalam masyarakat.

“Majikan akan bayar melebihi gaji minimum. Prospek (banduan) akan ada pendapatan selain berpeluang menyesuaikan diri dengan masyarakat sebelum dibebaskan sepenuhnya.

“Majikan pula tidak perlu terlalu bergantung pada pekerja asing daripada negara sumber,” katanya.

Beliau berkata pendekatan berasaskan pekerjaan dan pemantauan itu turut membantu mengurangkan risiko bekas banduan kembali melakukan jenayah selepas selesai menjalani hukuman.

Program PBSL, parol dan ODI merupakan antara mekanisme pemulihan dalam sistem penjara negara yang memberi penekanan kepada proses integrasi semula banduan ke dalam masyarakat, selain menangani isu kesesakan penjara yang berlarutan.

Berita berkaitan
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
November 22, 2026· Politik
Kes dadah TUDM: Kabinet akan bincang kawalan keselamatan pangkalan udara
8 jam lalu· Isu semasa
KDN kaji kawalan lebih ketat di pangkalan tentera, polis
9 jam lalu· Isu semasa
181,750 kes scam dalam talian, kerugian cecah RM6.95 bilion
November 17, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Penempatan Rohingya: Media antarabangsa lapor kerajaan Turkiye nafi kenyataan Zahid
8 jam lalu · Isu semasa
Lima syarikat Bumiputera berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia
9 jam lalu · Isu semasa
Eksekutif rugi RM617,000 diperdaya pelaburan aksesori kereta
9 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat laporan berhubung surat peletakan jawatan Ismail
20 jam lalu · Isu semasa
Tuanku Muhriz bertitah mahu UKM perkukuh integriti dan tadbir urus
November 21, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok