Penempatan Rohingya: Media antarabangsa lapor kerajaan Turkiye nafi kenyataan Zahid

9 jam lalu · Isu semasa

Cadangan Malaysia untuk memindahkan 10,000 pelarian Rohingya ke Turkiye mencetuskan persoalan selepas kerajaan negara itu menafikan dakwaan persetujuan menerima kumpulan berkenaan seperti diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi.

Laporan media antarabangsa termasuk Reuters, Arab News dan South China Morning Post (SCMP) pada Sabtu melaporkan Turkiye menolak kenyataan Malaysia mengenai rancangan penempatan semula pelarian Rohingya itu.

Jabatan Memerangi Maklumat Palsu di bawah Presidensi Turkiye menyifatkan dakwaan 10,000 pelarian Rohingya akan ditempatkan di negara itu sebagai tidak berasas.

Dalam kenyataan menerusi platform X, jabatan berkenaan turut menggesa orang ramai supaya tidak mempercayai maklumat palsu yang tersebar melalui media sosial dan media antarabangsa.

“Dakwaan yang tersebar dalam beberapa media antarabangsa dan media sosial mengenai 10,000 rakyat Rohingya akan ditempatkan semula di Turkiye adalah tidak berasas,” menurut kenyataan itu.

Perkembangan itu menimbulkan tanda tanya mengenai status sebenar rundingan antara kedua-dua negara, khususnya selepas pengumuman awal dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi.

Pada Jumaat, Ahmad Zahid dilaporkan berkata Kabinet sudah meluluskan cadangan membawa 10,000 pelarian Rohingya dari Malaysia ke Turkiye menerusi program latihan kemahiran berstruktur.

Beliau sebelum itu menyambut baik persetujuan kerajaan Turkiye untuk menerima kumpulan pelarian berkenaan selepas lawatan kerja rasmi ke negara itu.

Cadangan berkenaan turut merangkumi program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) selama tiga hingga enam bulan, dengan latihan disesuaikan mengikut keperluan sektor industri di Turkiye.

Namun, hantaran Ahmad Zahid mengenai pengumuman itu kemudian dipadam daripada akaun Facebook beliau tanpa penjelasan rasmi pada peringkat awal.

Isu itu turut mendapat perhatian selepas Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Khamis memutuskan Myanmar bertanggungjawab terhadap tindakan genosid terhadap etnik Rohingya susulan operasi ketenteraan pada 2017.

Menurut data Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR), Malaysia menempatkan kira-kira 193,000 pelarian berdaftar dari Myanmar pada akhir Februari lalu, dengan hampir dua pertiga daripadanya terdiri daripada etnik Rohingya.

Isu pelarian Rohingya sekian lama menjadi cabaran kepada Malaysia, terutama membabitkan pengurusan imigresen, keselamatan, kebajikan serta beban kewangan negara.

Perkembangan terbaharu ini meletakkan cadangan penempatan semula 10,000 pelarian berkenaan dalam perhatian, sementara kedua-dua negara perlu memperjelaskan kedudukan sebenar rundingan dan persetujuan yang dicapai. 

Berita berkaitan
Zahid janji GST kembali jika BN kuasai Putrajaya
1 jam lalu· Politik
Ismail kekal MB Negeri Sembilan, tak hantar surat letak jawatan seperti didakwa BN
November 20, 2026· Politik
Kemelut MB Negeri Sembilan: Ismail minta tunggu esok
November 19, 2026· Politik
UNHCR henti daftar pelarian, kerajaan ambil alih urusan
November 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kes dadah TUDM: Kabinet akan bincang kawalan keselamatan pangkalan udara
9 jam lalu · Isu semasa
Penjara terlebih kapasiti, hampir 25,000 banduan dibebas secara lesen
10 jam lalu · Isu semasa
Lima syarikat Bumiputera berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia
10 jam lalu · Isu semasa
Eksekutif rugi RM617,000 diperdaya pelaburan aksesori kereta
10 jam lalu · Isu semasa
KDN kaji kawalan lebih ketat di pangkalan tentera, polis
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok