Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi

November 22, 2026 · Politik

Minit mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Najib Razak, telah dinyahklasifikasi bagi membolehkan Jabatan Peguam Negara (AGC) menyediakan afidavit balas dalam kes semakan kehakiman difailkan Majlis Peguam.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata, dokumen berkenaan mengandungi maklumat penting yang perlu dimasukkan dalam afidavit kerajaan bagi menjawab permohonan semakan kehakiman itu.

Menurutnya, AGC perlu mengemukakan afidavit balas susulan tindakan Majlis Peguam mencabar isu pelaksanaan tahanan rumah Najib melalui proses mahkamah.

“Afidavit itu hanya akan lengkap sekiranya perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan dimasukkan dalam kandungannya,” katanya selepas Program Polis Diraja Malaysia (PDRM) Fun Run di Dataran Merdeka, hari ini.

Bagaimanapun, Saifuddin enggan mengulas lanjut mengenai pendedahan kandungan minit mesyuarat berkenaan, termasuk pihak yang bertanggungjawab menyebarkannya serta tujuan pendedahan itu dibuat.

“Kerajaan tidak berada dalam kedudukan untuk menjelaskan perkara itu,” katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Zambry Abd Kadir berkata, Jemaah Menteri tidak pernah membincangkan keputusan menyahklasifikasi minit mesyuarat Lembaga Pengampunan seperti didedahkan bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Zambry yang juga Menteri Pendidikan Tinggi turut mengingatkan tindakan membocorkan dokumen rasmi kerajaan tidak boleh dipandang ringan kerana berpotensi menjejaskan keselamatan negara.

Kontroversi itu tercetus selepas Tony berkongsi beberapa halaman minit mesyuarat berkenaan menerusi Facebook, termasuk bahagian yang merekodkan pendirian Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh yang dilaporkan membantah pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib.

Isu tahanan rumah Najib menjadi perhatian selepas permohonan berkaitan pelaksanaan titah tambahan (adendum) yang dikaitkan dengan pengurangan hukuman dan baki tempoh pemenjaraannya mencetuskan beberapa tindakan undang-undang.

Perkembangan terbaharu itu dijangka menjadi antara perkara penting dalam prosiding semakan kehakiman yang difailkan Majlis Peguam.

Berita berkaitan
Konvensyen Amanah lulus usul bantah tahanan rumah Najib
November 22, 2026· Politik
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
8 jam lalu· Politik
Kes dadah TUDM: Kabinet akan bincang kawalan keselamatan pangkalan udara
8 jam lalu· Isu semasa
Penjara terlebih kapasiti, hampir 25,000 banduan dibebas secara lesen
8 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Ismail Lasim dirawat di hospital, keadaan semakin pulih: Bernama
November 22, 2026 · Politik
Zahid janji GST kembali jika BN kuasai Putrajaya
November 22, 2026 · Politik
PAS tidak berhasrat sertai PH untuk hadapi PRU-16: Idris Ahmad
20 jam lalu · Politik
Amanah buka pintu, Bersatu sedia teliti kerjasama baharu: Azmin
20 jam lalu · Politik
PRU-16: PH boleh pertimbang logo parti masing-masing
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok