DAP cadang PRN Pulau Pinang diadakan serentak dengan PRU

2 jam lalu · Politik

DAP akan mengemukakan cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang bagi meningkatkan peratusan keluar mengundi.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, cadangan itu akan dibawa kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) untuk dibincangkan sebelum mendapatkan pandangan rakan parti dalam Pakatan Harapan (PH).

Menurutnya, pelaksanaan pilihan raya secara serentak dilihat sebagai pilihan lebih baik berbanding mengadakan PRN secara berasingan yang berisiko menyebabkan jumlah pengundi keluar mengundi lebih rendah.

“Kita akan cadangkan usul dan perkara ini akan dibawa ke CEC bagi diadakan pilihan raya serentak untuk Pulau Pinang antara Parlimen dengan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Pada pilihan raya kali ini, kita harap dapat melihat peratusan pengundi yang lebih tinggi,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Tahunan Negeri DAP Pulau Pinang 2026, hari ini.

Loke berkata, pengalaman beberapa pilihan raya sebelum ini menunjukkan kadar keluar mengundi bagi PRN secara berasingan lazimnya lebih rendah berbanding pilihan raya umum.

Katanya, keadaan itu dapat dilihat menerusi enam PRN yang berlangsung pada 2023, selain pilihan raya negeri di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan baru-baru ini.

“Ini terbukti bukan sahaja dalam enam PRN pada 2023, malah turut berlaku di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan baru-baru ini apabila peratusannya memang lebih rendah daripada PRU.

“Jadi, bagi memastikan peratusan pengundi lebih tinggi, pilihan raya serentak adalah satu pilihan lebih baik,” katanya.

Beliau menjelaskan pendirian DAP mengenai perkara itu juga mengambil kira perubahan kedudukan politik parti berbanding ketika berada dalam blok pembangkang sebelum ini.

Ketika itu, DAP pernah menyuarakan pendirian supaya penggal kerajaan negeri diteruskan sehingga tamat tempoh, namun cadangan berkenaan tidak mendapat sambutan Perdana Menteri ketika itu.

Cadangan terbaharu itu bagaimanapun masih perlu melalui perbincangan di peringkat kepimpinan DAP dan PH sebelum sebarang keputusan dibuat.

Pilihan raya serentak dilihat mampu mengurangkan kos pengurusan pilihan raya, selain berpotensi meningkatkan penyertaan pengundi melalui pelaksanaan pengundian Parlimen dan DUN pada hari yang sama.

Berita berkaitan
Isu penutupan premis Jumaat: Polis rakam keterangan lima individu termasuk MP Kota Melaka
November 29, 2026· Isu semasa
Puad persoal masa depan Bersatu tanpa Muhyiddin dan PAS
2 jam lalu· Politik
DAP mahu undang-undang baharu ganti Akta Hasutan: Gobind
21 jam lalu· Politik
Prestasi Loke baik, Anwar mahu Loke kembali bertugas segera
November 28, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Kemelut politik tak jejas projek pembangunan di Negeri Sembilan: Anwar
21 jam lalu · Politik
PRN Sarawak: GPS kuasai 29 kerusi tanpa bertanding
November 28, 2026 · Politik
Dokumen sudah dinyahklasifikasi, apa lagi hendak disiasat? – Tony Pua
November 27, 2026 · Politik
Enam Exco N9 angkat sumpah, Tuanku Muhriz ingatkan jangan lampaui kuasa
November 27, 2026 · Politik
Isu minit Najib dan penutupan kedai, polis siasat dua pemimpin DAP
November 27, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] 13 platform e-dagang sepakat banteras jualan barangan terlarang
November 29, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok