DAP mahu undang-undang baharu ganti Akta Hasutan: Gobind

November 28, 2026 · Politik

DAP menggesa kerajaan memansuhkan Akta Hasutan 1948 dengan segera dan menggantikannya dengan undang-undang baharu yang lebih moden serta adil bagi melindungi keharmonian negara tanpa menjejaskan kebebasan bersuara.

Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo berkata, Akta Hasutan yang diperkenalkan ketika era penjajahan British itu sudah tidak lagi sesuai dengan perkembangan demokrasi dan landskap masyarakat Malaysia hari ini.

Menurutnya, undang-undang berkenaan juga berisiko disalahgunakan sebagai alat untuk menyekat kritikan serta perbezaan pandangan dalam kalangan rakyat.

Beliau berkata, antara perkara yang sering dipersoalkan ialah Seksyen 3 Akta Hasutan yang mentakrifkan perbuatan menghasut secara terlalu luas sehingga tindakan yang tidak semestinya bersifat hasutan boleh dikategorikan sebagai kesalahan jenayah.

Mengulas pendirian kerajaan, Gobind berkata, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ketika menjawab isu berkenaan di Dewan Rakyat Selasa lalu mengakui terdapat kebimbangan berasas terhadap akta itu.

Bagaimanapun, kerajaan masih belum mengenal pasti undang-undang alternatif yang sesuai bagi memastikan keharmonian kaum dan agama terus terpelihara.

Gobind yang juga Menteri Digital berkata, perlindungan terhadap keharmonian kaum, sensitiviti agama dan institusi diraja (3R) tidak seharusnya dijadikan alasan untuk terus mengekalkan undang-undang warisan penjajah.

“Walaupun perlindungan keharmonian kaum, sensitiviti agama dan institusi diraja (3R) amat penting, mengekalkan undang-undang kolonial yang ketinggalan zaman bagi tujuan itu bukanlah satu-satunya pilihan atau penyelesaian terbaik,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, Malaysia sebenarnya sudah mempunyai beberapa peruntukan undang-undang yang boleh digunakan untuk menangani kesalahan berkaitan isu 3R, termasuk Seksyen 298, 298A, 504 dan 505 Kanun Keseksaan.

Selain itu, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang telah dipinda serta Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 turut menyediakan mekanisme bagi menangani salah laku dalam ruang digital.

Sehubungan itu, Gobind mencadangkan kerajaan memperkenalkan Akta Keharmonian Nasional yang memberi tumpuan kepada kesalahan kebencian berasaskan kaum dan agama, keharmonian nasional serta usaha perdamaian.

Katanya, undang-undang baharu itu perlu mempunyai takrifan jelas mengenai ucapan kebencian dan jenayah kebencian, selain menyediakan mekanisme pengantaraan berasaskan pemulihan.

Pada masa sama, perlindungan undang-undang perlu diberikan secara sama rata kepada semua komuniti tanpa menjadikan perbahasan politik yang dibuat dengan niat baik sebagai kesalahan jenayah.

“Pembaharuan undang-undang adalah perkara penting dalam mandat yang diamanahkan kepada kita.

“Kita perlu menggantikan kawalan warisan era penjajahan dengan undang-undang moden yang adil dan bertanggungjawab, sekali gus mampu memelihara keharmonian nasional dan mempertahankan hak demokrasi setiap rakyat Malaysia,” katanya.

Berita berkaitan
Prestasi Loke baik, Anwar mahu Loke kembali bertugas segera
6 jam lalu· Politik
Dokumen sudah dinyahklasifikasi, apa lagi hendak disiasat? – Tony Pua
November 27, 2026· Politik
Isu minit Najib dan penutupan kedai, polis siasat dua pemimpin DAP
November 27, 2026· Politik
SPRM nafi pilih kasih, siasatan projek jalan KKDW masih berjalan
November 27, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Kemelut politik tak jejas projek pembangunan di Negeri Sembilan: Anwar
November 28, 2026 · Politik
PRN Sarawak: GPS kuasai 29 kerusi tanpa bertanding
6 jam lalu · Politik
Enam Exco N9 angkat sumpah, Tuanku Muhriz ingatkan jangan lampaui kuasa
November 27, 2026 · Politik
Nazri mahu UMNO-PAS runding kerusi, Wawasan diketepikan: Laporan
November 27, 2026 · Politik
PRN Sarawak: GPS menang tanpa bertanding, SPR tunggu pandangan AGC
November 27, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok