Persatuan bimbang demonstrasi jejas imej negara, ganggu Tahun Melawat Malaysia: Laporan

July 28, 2025 · Isu semasa

Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) melahirkan kebimbangan terhadap kesan demonstrasi jalanan, terutama menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) kerana ia berpotensi mengancam keselamatan serta menjejaskan reputasi negara sebagai destinasi pelancongan selamat.

Dalam kenyataan hari ini, MATA memaklumkan Malaysia sedang giat mempromosikan TMM2026 untuk menarik jutaan pelancong antarabangsa, dan demonstrasi awam berskala besar yang berterusan boleh menjadi penghalang kepada usaha berkenaan.

“Imej negara yang tercalar boleh memberikan kesan langsung kepada kemasukan pelancong dan pelaburan asing.

“Demonstrasi boleh mengganggu operasi perniagaan, memberikan kesan kepada peluang pekerjaan serta meningkatkan kos sara hidup rakyat secara keseluruhan. Keamanan dan keselamatan rakyat ialah keutamaan yang tidak boleh di kompromi,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Persatuan itu juga memberikan amaran bahawa tindakan menggerakkan orang ramai ke jalanan membuka ruang kepada risiko keselamatan, termasuk potensi provokasi, perbalahan dan kekacauan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Selain itu, MATA menyatakan Malaysia sebagai destinasi pelancongan Islamik dan alam semula jadi yang terkenal kini menghadapi cabaran besar jika demonstrasi jalanan terus berlaku dan mendapat liputan negatif oleh media antarabangsa.

Sementara itu, Presiden MATA Datuk Sri Dr Mohd Khalid Harun dalam kenyataan sama berkata Malaysia kini berada dalam fasa pemulihan ekonomi yang memberangsangkan pascapandemik.

“Kestabilan dan keamanan ialah asas kemajuan industri pelancongan. Tanpa jaminan keselamatan, pelancong akan memilih destinasi lain yang lebih stabil dan selamat,” katanya.

Beliau berkata MATA mengiktiraf hak bersuara rakyat, namun menekankan setiap tindakan perlu dilakukan secara bertanggungjawab tanpa menjejaskan keharmonian negara.

“Kita mesti bersama-sama menjaga kestabilan untuk memastikan TMM2026 berjaya dan ekonomi rakyat terus berkembang,” kata Mohd Khalid. – Bernama

Berita berkaitan
Himpunan bantah harga minyak tak selesaikan kos sara hidup: AMK Johor
April 5, 2026· Politik
Rakyat ada hak berhimpun, PKR tak bincang tindakan terhadap Rafizi: Fahmi
February 16, 2026· Politik
Himpunan Tangkap Azam Baki berakhir dengan aman: Polis KL
February 15, 2026· Isu semasa
Himpunan rumah ibadat cetus kontroversi, AMK Johor pertahan Anwar
February 9, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Ebit Lew diperintah bela diri kes gangguan seksual
15 jam lalu · Isu semasa
Kapal bantuan Gaza dipintas, Malaysia kecam tindakan tentera Zionis: Fahmi
15 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan usaha bebaskan aktivis GSF, PMX rayu keluarga terus kuat
15 jam lalu · Isu semasa
Pengesahan identiti pengguna: Penyedia platform media sosial beri kerjasama positif
20 jam lalu · Isu semasa
Penjimatan kerajaan fokus belanja tidak kritikal, tak termasuk kesihatan dan pendidikan: MOF
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok