Loke tepis dakwaan RUU PSB agenda DAP

August 30, 2025 · Politik

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, menolak sekeras-kerasnya tuduhan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) merupakan agenda parti tersebut.

Beliau menegaskan rang undang-undang ini adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan yang lebih luas dan tidak wajar untuk menuduh DAP mempunyai agenda tertentu hanya kerana menteri dari parti itu membentangkan RUU berkenaan.

“Ini saya pelik, kenapa perlu kata itu agenda DAP? Ini adalah agenda kerajaan Madani kerana apa saja RUU yang dibawa oleh seorang menteri bukanlah agenda parti.

“Jadi, jangan menuding jari mengatakan ini agenda parti dan sebagainya. Sistem kita bukan begitu,” katanya selepas menyampaikan sumbangan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Seremban.

Menteri Pengangkutan itu menyatakan kesediaannya untuk berbincang mengenai sebarang kelemahan dalam RUU PSB sambil mengkritik pembangkang yang didakwanya sengaja mempolitikkan isu tersebut.

Beliau turut mendedahkan Ketua Pembangkang sebenarnya menyokong rang undang-undang ini tetapi mencadangkan beberapa perkara perlu dirundingkan semula.

Loke juga mengingatkan Perikatan Nasional (PN) sebenarnya pernah cuba membentangkan RUU yang sama ketika mereka memerintah, dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bawah pentadbiran PN memulakan penggubalannya pada tahun 2021.

Beliau menekankan dasar utama RUU ini adalah untuk membantu pembangunan semula bandar, terutama di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur, dan menjamin hak pemilik tanah.

Pada Khamis lalu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, mengumumkan RUU tersebut akan dipinda dengan ambang persetujuan baharu yang memerlukan persetujuan 80% pemilik untuk semua projek pembangunan semula, tanpa mengira usia bangunan.

Cadangan sebelumnya dalam RUU itu mencadangkan kadar ambang persetujuan yang lebih rendah bagi jenis bangunan tertentu, iaitu 75% untuk bangunan lebih 30 tahun dan 51% untuk bangunan terbengkalai atau tidak selamat.

Berita berkaitan
Netizen ‘sekolahkan’ Asyraf Wajdi, dakwaan Loke jadi MB NS makan diri
July 25, 2026· Politik
Loke: Rakyat tentukan siapa ‘dibungkus’, berkempen jangan angkuh
July 25, 2026· Politik
Ramkarpal desak siasat Sanusi, kecam kenyataan sentuh kaum
July 25, 2026· Politik
Kenyataan biadab, Aminuddin desak Asyraf mohon maaf
July 24, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Pelaburan negeri hasil usaha PH sebelum Kerajaan Perpaduan: Aminuddin
6 jam lalu · Politik
UMNO teliti 14 tawaran PN sebelum buat keputusan
9 jam lalu · Politik
BN NS akui Tok Min berjaya tingkatkan hasil negeri sepanjang PH tadbir
9 jam lalu · Politik
Kerjasama BN-PH bukan kontrak sampai mati
13 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul nafi wujud sabotaj dalam kempen calon PKR
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Politik kebencian dan sentimen perkauman tak selesaikan masalah rakyat
17 jam lalu
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
July 25, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok