BN NS akui Tok Min berjaya tingkatkan hasil negeri sepanjang PH tadbir

July 26, 2026 · Politik

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias menolak dakwaan Barisan Nasional (BN) mahu mengambil alih kerajaan Negeri Sembilan kerana tertarik dengan peningkatan hasil negeri.

Beliau sebaliknya berkata, peningkatan hasil dan kemasukan pelaburan yang direkodkan sejak 2023 adalah hasil usaha bersama dalam Kerajaan Perpaduan termasuk sumbangan wakil rakyat BN yang memainkan peranan memastikan kestabilan pentadbiran negeri.

Menurutnya, pertambahan hasil negeri yang meningkat selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 tidak boleh dikaitkan dengan usaha Pakatan Harapan (PH) semata-mata.

“Jangan lupa ‘share partner you’ (rakan kongsi anda) yang mana BN mempunyai 14 kerusi (Dewan Undangan Negeri), iaitu pemegang saham terbesar.

“Kita jaga kestabilan, pastikan urusan pentadbiran kerajaan negeri tidak huru-hara waktu itu… maka kita dapat menarik sedikit sebanyak pelabur.

“Peranan yang saya mainkan juga tidak kecil mewakili BN dalam menarik pelabur dan menambah hasil negeri.

“Saya jelaskan mengenai pembayaran premium dan beberapa perkara yang kita angkat ke peringkat Persekutuan untuk dilaksanakan.

“Jadi, kalau dikatakan kita (BN) terliur memandang hasil negeri yang banyak sedangkan BN berpengalaman menguruskan negara dan negeri, kita tidak pernah jadikan asas hasil itu sebagai antara faktor kita ambil alih kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Nogori Beradat, Kito Sepakat di Pusat Penerangan dan Komunikasi Perikatan Nasional (PN) Lavender Heights, Senawang, hari ini.

Jalaluddin mengulas kenyataan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang mendakwa antara faktor BN mahu mengambil alih pentadbiran Negeri Sembilan ialah kedudukan hasil negeri yang kini semakin kukuh.

Mengulas dakwaan itu, Jalaluddin yang akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang pada PRN Negeri Sembilan menyifatkannya sebagai tuduhan tidak berasas.

“Lari sangat tuduhan itu,” katanya.

PRN Negeri Sembilan menyaksikan persaingan sengit antara gabungan yang membentuk Kerajaan Perpaduan iaitu PH dan BN dengan Perikatan Nasional (PN), ketika isu prestasi pentadbiran, pembangunan ekonomi dan hala tuju negeri terus menjadi antara fokus utama kempen.

Berita berkaitan
UMNO teliti 14 tawaran PN sebelum buat keputusan
July 26, 2026· Politik
Tengku Zafrul nafi wujud sabotaj dalam kempen calon PKR
5 jam lalu· Politik
PAS yang patut keluar PN, bukan Bersatu
8 jam lalu· Politik
Sanusi memang gemar keluar kenyataan pelik
8 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Kerjasama BN-PH bukan kontrak sampai mati
4 jam lalu · Politik
Aminuddin minta buktikan mana projek PH yang tertinggal
8 jam lalu · Politik
Calon PH DUN Ampangan tumpu penyelenggaraan infrastruktur
9 jam lalu · Politik
Fahmi: Politik kebencian dan sentimen perkauman tak selesaikan masalah rakyat
10 jam lalu · Politik
14 kertas siasatan dibuka sepanjang kempen PRN Negeri Sembilan
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Politik kebencian dan sentimen perkauman tak selesaikan masalah rakyat
8 jam lalu
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
July 25, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok