Menteri Ekonomi ASEAN tumpu bincang tarif AS semasa mesyuarat di KL minggu depan

September 21, 2025 · Isu semasa

Menteri-menteri Ekonomi ASEAN akan berhimpun di ibu negara minggu depan bagi memuktamadkan pelbagai agenda utama, termasuk langkah menangani kesan langkah tarif Amerika Syarikat (AS) dan memperkukuh daya saing rantau ini.

Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 itu akan dipengerusikan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Pertemuan itu amat penting bagi memperkukuh kesepaduan rantau dalam menghadapi cabaran yang berpotensi melemahkan sistem perdagangan global sedia ada.

“Mesyuarat ini adalah bertepatan bagi memperkukuh kesepaduan rantau ini dalam mengharungi elemen yang berpotensi melemahkan sistem perdagangan global,” menurut laporan Bernama.

Selain isu tarif AS, mesyuarat akan menilai pelaksanaan 18 Keberhasilan Utama Ekonomi (PED) yang dipersetujui anggota ASEAN.

Salah satu kejayaan besar ialah pengesahan Kerjasama Ekonomi ASEAN–Majlis Kerjasama Teluk (ASEAN-GCC), yang dianggap sebagai batu loncatan untuk mempelbagaikan rantaian bekalan dengan enam negara Teluk yang kaya dengan sumber.

Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) juga akan menjadi agenda penting.

Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim sebelum ini menegaskan RCEP tidak harus kekal sebagai teks undang-undang semata-mata, malahan perlu dihidupkan dengan semangat politik baharu.

Isu tarif AS yang dikenakan ke atas banyak negara ASEAN sejak April lepas, dengan kadar setinggi 40 peratus, dijangka menjadi perbincangan serius.

Rundingan bersama Wakil Perdagangan AS, Jamieson Greer, turut dijadualkan bagi membincangkan isu penting dalam sektor seperti semikonduktor dan komoditi.

Mesyuarat ini juga diharap dapat meningkatkan dagangan intra-ASEAN yang kini hanya menyumbang kira-kira 22 peratus daripada jumlah perdagangan rantau, suatu angka yang masih boleh dipertingkatkan.

Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia memikul peranan penting untuk meraih sokongan serantau dan memastikan pertemuan ini menjadi pemangkin kepada komitmen politik yang lebih jitu bagi melonjakkan Asia Tenggara sebagai destinasi perdagangan dan pelaburan global yang kompetitif.

Berita berkaitan
Bersatu bimbang mesyuarat khas MT PN berdepan risiko undang-undang
15 jam lalu· Politik
Dana Inovasi Media: Fahmi mahu AI bantu wartawan, bukan ganti mereka
October 24, 2026· Isu semasa
Jerebu: Malaysia tuntut Indonesia bertindak, bawa isu ke ASEAN
October 22, 2026· Isu semasa
Syarat ekuiti Bumiputera 30 peratus kekal
October 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pengguna Waze dedah paparan data yang disimpan, cetus persoalan privasi
13 jam lalu · Isu semasa
Fahmi umum bantuan untuk dua wartawan kemalangan
16 jam lalu · Isu semasa
Dalang kapal bawa dadah RM785 juta dikenal pasti, polis buru suspek
16 jam lalu · Isu semasa
Sultan Selangor: Teguran demi rakyat, bukan pertelingkahan
19 jam lalu · Isu semasa
Penipuan dalam talian: Selangor catat kerugian tertinggi
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok