Saifuddin Nasution Ismail.
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan akaun aplikasi WhatsApp miliknya digodam pihak tidak bertanggungjawab.
Dalam satu kenyataan, Pejabat Menteri tersebut memaklumkan perkara itu telah dilaporkan kepada pihak berkuasa dan menasihatkan orang awam supaya tidak terpedaya dengan panggilan atau mesej yang kononnya dihantar oleh menteri berkenaan.
Amaran ini khususnya merujuk kepada hal-hal yang melibatkan wang atau permintaan untuk mengatur pertemuan.
“Pihak kami amat kesal dengan tindakan penggodam yang tidak bertanggungjawab ini dan berharap agar masyarakat tidak mudah terpedaya dengan penipuan sebegini.
“Kami juga menasihatkan orang ramai agar lebih peka dengan sindiket penipuan melalui pelbagai aplikasi media sosial dan turut melaporkan tindakan penggodam-penggodam ini kepada pihak yang berkuasa,” kata KDN pada satu kenyataan hari ini.
Kes ini merupakan antara insiden terbaru melibatkan pengambilalihan akaun mesej dan media sosial milik tokoh politik oleh penggodam.
Pada Februari lalu, akaun WhatsApp Menteri Besar Kelantan, Nassuruddin Daud, dilaporkan digodam dan digunakan untuk meminta wang.
Pada Ogos 2022, akaun Telegram milik bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob dan bekas menteri luar negeri, Saifuddin Abdullah, turut menjadi mangsa penggodaman.
Pihak WhatsApp menasihatkan pengguna agar mengaktifkan ciri pengesahan dua langkah (two-step verification) bagi melindungi akaun mereka daripada akses tanpa kebenaran.
Portal rasmi KKM diserang penggodam
Isa Samad kekal dipenjara, mahkamah tolak permohonan semakan
‘Kesejahteraan Dinikmati’ jadi tema sambutan Hari Kebangsaan: Fahmi
226 pegawai SPRM dikenakan tindakan tatatertib sejak 2021
IPTA terima kemasukan pelajar berdasarkan merit, tiada pintu belakang: Adam Adli
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar