Penyelarasan harga subsidi RON95.
Bagi mengurangkan beban pengusaha pengangkutan air, kerajaan bersetuju untuk memperluaskan manfaat subsidi petrol RON95 kepada bot-bot penumpang awam di seluruh negara.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Armizan Mohd Ali, mengumumkan keputusan tersebut dicapai hasil perbincangan bersama Jemaah Menteri, Kementerian Kewangan serta agensi-agensi berkaitan.
Beliau menekankan inisiatif ini adalah untuk memastikan golongan tersebut tidak terpinggir daripada manfaat subsidi kerajaan.
“Dalam kita meneruskan kerjasama mencari data dan mekanisme yang terbaik, kita membuka kemudahan kepada pengusaha-pengusaha bot penumpang ini,” jelas Datuk Armizan pada sidang media selepas Majlis Pelancaran MY GAYA Month di Pavillion Bukit Jalil.
Beliau turut menggariskan langkah sementara bagi pengusaha.
“Pada masa ini, untuk mereka mendapat kemudahan tuntutan bayaran tunai, walaupun mereka beli minyak petrol subsidi RON95 pada harga pasaran RM2.60, simpan resit yang sah.
“Kita akan umumkan dalam masa terdekat bagaimana para pengusaha bot penumpang awam ini boleh membuat tuntutan untuk mendapat bayaran balik tunai margin perbezaan harga,” tambahnya.
Subsidi ini tertakluk kepada syarat tertentu, bot tersebut mesti didaftarkan atas nama pemilik warganegara Malaysia atau syarikat yang berdaftar di Malaysia.
Fokus utama pelaksanaan adalah kepada pengusaha di Sabah, Sarawak, dan kawasan di Semenanjung Malaysia yang sangat bergantung pada pengangkutan air sebagai perkhidmatan utama.
KPDN juga sedang bekerjasama rapat dengan agensi negeri untuk mengenal pasti pemilik bot yang layak.
Sebagai langkah penyelarasan, Jawatankuasa Rayuan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) telah diaktifkan semula untuk menangani sebarang isu pelaksanaan, menandakan komitmen kerajaan dalam memastikan subsidi disalurkan secara berkesan dan bersasar kepada kumpulan sasaran.
Ringgit terus mengukuh, pasaran tunggu data KDNK suku pertama
Pelaburan RM2 bilion perkasa usahawan bumiputera: Anwar
Seorang didakwa, lima dikompaun kes berita palsu isu minyak: MCMC
Harga beras Asia naik mendadak ekoran krisis Asia Barat
Dron AS bernilai AS$238 juta hilang semasa operasi di Iran: Laporan
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan