Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX

October 24, 2026 · Isu semasa

Kerajaan bersedia menanggung kos subsidi bahan api sehingga RM45 bilion setahun susulan kenaikan harga minyak mentah dunia bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan komited mengekalkan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter meskipun harga minyak mentah antarabangsa kini melonjak antara AS$120 hingga AS$130 setong.

Menurutnya, langkah itu penting bagi melindungi kesejahteraan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang berdepan tekanan perbelanjaan harian.

“Kalau harga minyak satu tong pagi ini sudah melonjak dan berterusan, kos yang akan ditanggung oleh kerajaan akan mencecah antara RM42 bilion hingga RM45 bilion setahun.

“Lebih baik kerajaan terbeban daripada membebankan rakyat, ibu bapa kita,” katanya semasa Program Sentuhan Kasih MADANI dan Peluncuran Pelan Tindakan Sara Hidup Negara 2030 di Kompleks Sukan Hang Jebat, Krubong, hari ini.

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali serta timbalannya, Fuziah Salleh.

Anwar berkata harga minyak mentah dunia meningkat hampir dua kali ganda berbanding paras sekitar AS$70 setong sebelum ini, sekali gus memberi tekanan kepada kos sara hidup di banyak negara.

Katanya, sekiranya harga petrol diselaraskan sepenuhnya mengikut pasaran, rakyat berkemungkinan perlu menanggung kenaikan perbelanjaan harian yang ketara.

“Kalau kita naik harga minyak ikut pasaran, tiap-tiap hari kena tambah RM2, RM3, minimum RM5. Bayangkan kalau penggunaan itu lebih, hantar anak ke sekolah, dia sendiri kerja, itu tiap-tiap hari RM10,” katanya.

Beliau turut menolak pandangan subsidi tinggi menyebabkan rakyat terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan, sebaliknya menegaskan dasar itu perlu mengambil kira realiti kehidupan masyarakat.

Dalam pada itu, Anwar berkata kejayaan ekonomi negara tidak seharusnya dinilai berdasarkan pertumbuhan, pelaburan dan perdagangan semata-mata, sebaliknya perlu diterjemahkan kepada peningkatan taraf hidup rakyat.

Menurutnya, usaha memacu sektor teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI) dan semikonduktor perlu bergerak seiring dengan penyelesaian isu asas seperti kos sara hidup, pendidikan, kesihatan dan peluang pekerjaan.

“Kita tidak bicara hanya angka dan statistik tetapi kita bicara soal manusia.

“Pendekatan kerajaan berteraskan prinsip menggapai di langit, mengakar di bumi, yang menuntut negara terus meneroka bidang ilmu dan teknologi baharu tanpa mengabaikan nilai kemanusiaan, akhlak, budaya serta kesejahteraan rakyat pada peringkat akar umbi,” katanya.

Berita berkaitan
Anwar: Ekonomi meningkat, masalah kos sara hidup rakyat tak diabaikan
October 24, 2026· Isu semasa
Anwar: Waze mungkin diharamkan demi keselamatan negara
October 23, 2026· Isu semasa
BDS sokong larangan Waze, minta pertimbang juga tamatkan kontrak AWS
October 23, 2026· Isu semasa
Anwar doakan Ustaz Wadi Annuar segera pulih selepas terlibat kemalangan
October 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
JPN sudah keluarkan 275,785 MyKad baharu, Johor rekod tertinggi
October 24, 2026 · Isu semasa
Kapal bawa ketamin RM785 juta milik syarikat Malaysia: Polis
October 24, 2026 · Isu semasa
23 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban tertinggi setakat 4 petang
October 24, 2026 · Isu semasa
Jangan serah keselamatan digital anak kepada platform semata-mata
5 jam lalu · Isu semasa
Dana Inovasi Media: Fahmi mahu AI bantu wartawan, bukan ganti mereka
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok