Pemuda MCA bidas Menteri DAP ugut wartawan hanya kerana bertanya

October 31, 2025 · Politik

Pemuda MCA membidas tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, yang didakwa mengugut seorang wartawan semasa sidang media baru-baru ini.

Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong meluahkan kekesalan terhadap insiden itu dan memandang serius tingkah laku menteri berkenaan.

Menurut Neow, tindakan menghina dan mengugut wartawan adalah sama sekali tidak wajar, tidak beradab, serta bercanggah dengan semangat Kerajaan Madani yang menjunjung tinggi keterbukaan dan kebertanggungjawaban.

“Sebagai seorang pemimpin, beliau sepatutnya menghormati peranan media sebagai rakan semak dan imbang dalam memastikan pentadbiran yang telus dan berintegriti,” tegasnya.

Beliau mengulas kejadian semasa sidang media Kor Ming semasa majlis pra pelancaran projek “I Lite U” baru-baru ini semasa seorang wartawan Utusan Malaysia bertanya mengapa program tersebut menggunakan bahasa Inggeris dan bukan Bahasa Kebangsaan.

Kor Ming pada mulanya menjelaskan penggunaan bahasa Inggeris adalah sesuai bagi menarik pelancong antarabangsa, bagaimanapun, suasana berubah apabila menteri itu bertanya tempat wartawan berkenaan bekerja.

Selepas mengetahui wartawan itu dari Utusan Malaysia, Kor Ming dengan muka serius menyatakan, “I will remember, I will call your chief editors”.

Choo Seong membidas pihak yang dahulunya mendesak kebebasan media kini bertindak menekan suara wartawan.

“Dahulu sebelum mendapat kuasa, kamu juga yang berguling-guling di atas jalan raya mendesak kerajaan mengamalkan kebebasan media. Sekarang apabila sudah berkuasa, kamu mengamalkan dasar intimidasi,” ujarnya.

Choo Seong menegaskan seorang pemimpin seharusnya menunjukkan ketenangan, kebijaksanaan, dan rasa hormat terhadap pengamal media.

“Pemimpin yang berani tidak gentar pada soalan, kerana kebenaran tidak memerlukan ugutan untuk dipertahankan,” tegasnya.

Beliau menyeru semua pemimpin kerajaan menghormati prinsip kebebasan bersuara dan tidak menyalahgunakan kedudukan untuk menekan media, kerana rakyat sentiasa menilai setiap tindakan dan tutur kata pemimpin mereka.

Berita berkaitan
Zahid tolak langkah ‘tebuk atap’ di Negeri Sembilan: Loke
15 jam lalu· Politik
Pemuda UMNO desak hentikan pesta air di Bkt Bintang, bidas Kementerian Pelancongan
18 jam lalu· Isu semasa
Sayap pemuda DAP desak pecat Tok Mat, dakwa jejaskan kestabilan kerajaan
18 jam lalu· Politik
AGC tolak permohonan Namewee, kes dadah diteruskan: Laporan
April 29, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Rundingan jadi kunci redakan isu BN-PH di Negeri Sembilan: Zahid
9 jam lalu · Politik
Keputusan 14 ADUN dihormati, namun sokongan kepada kerajaan Negeri Sembilan diteruskan
18 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan isyarat jelas UMNO mahu bertanding solo PRU-16: Rafizi
April 29, 2026 · Politik
Spekulasi ADUN UMNO kembali jadi Exco disangkal Jalaluddin
April 29, 2026 · Politik
Amirudin enggan layan desakan pecat Exco UMNO di Selangor
April 29, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok