Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Mohd Puad Zarkashi.
Puad Zarkashi menasihati Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal supaya tidak menggunakan nama bekas Perdana Menteri, Najib Razak untuk naratif politiknya.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu membidas Wan Fayhsal kerana berbohong mendakwa Najib kononnya dipengaruhi oleh Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin untuk menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri semasa peralihan kerajaan sebelum ini.
Menurut Puad, sebagai ahli MKT yang sering bersama Najib, beliau memahami sepenuhnya tindakan bekas Presiden UMNO itu yang sentiasa patuh kepada keputusan parti.
“Najib bertindak secara kolektif. Dia patuh pada keputusan parti. Tidak ada sebab Najib akan mendengar pujukan Hamzah kaki lompat dan pengkhianat UMNO,” tegas Puad dalam kenyataan di akaun Facebooknya.
Beliau menambah keputusan Najib dan UMNO pada masa itu adalah bersifat taktikal untuk menjatuhkan musuh politik secara berperingkat, yang terbukti berjaya.
“Sebab itu Najib dan BN (Barisan Nasional) tidak pernah menyertai gabungan PN (Perikatan Nasional). Nasihat saya kepada Wan Ahmad Fayhsal, berhenti buat pendedahan. Takut lagi banyak bohong,” katanya.
Puad turut menyarankan agar Wan Fayhsal menumpukan usaha untuk memujuk 22 Ahli Parlimen Bersatu menarik sokongan terhadap Muhyiddin sebagai Presiden parti itu.
Rakyat sudah nilai prestasi Rafizi yang tidak menyakinkan: AMK
Rafizi bebas pilih haluan politik sendiri: Akmal Nasrullah
Hamzah nak letak jawatan pun takut… Kini nak umum parti baharu pula?
Rafizi akui parti baharu berdepan laluan sukar untuk bersaing
Tun Faisal nafi Bersatu mahu sertai PH, bidas pihak cuba kaitkan Azmin
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi