Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail.
Sebarang cadangan untuk meminda atau memansuhkan Akta Hasutan 1948 memerlukan penelitian yang mendalam dan teliti, dengan mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan.
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata pandangan daripada agensi penguatkuasaan, badan kehakiman, akademia, pertubuhan masyarakat sivil serta orang awam amat penting sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat berhubung pemansuhan Akta Hasutan.
Ujarnya, kementerian sentiasa berusaha menambah baik perundangan sedia ada bagi memastikan ia kekal relevan dengan situasi semasa negara.
“Kementerian Dalam Negeri telah pun melaksanakan beberapa sesi libat urus bersama pihak-pihak berkepentingan bagi menilai dan mengkaji pemakaian Akta Hasutan dalam konteks dan situasi semasa negara,” jelas Saifuddin Nasution dalam satu jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen.
Beliau menegaskan keseimbangan antara hak rakyat untuk bersuara dan keperluan mengekalkan keharmonian serta ketenteraman awam dalam masyarakat majmuk tidak boleh dipandang ringan.
Usaha penambahbaikan perundangan juga akan mengekalkan prinsip hak asasi manusia seperti yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Kenyataan itu dibuat sebagai respons kepada soalan daripada Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) yang memaklumkan kerajaan tidak akan terburu-buru dalam melaksanakan sebarang reformasi undang-undang yang melibatkan isu sensitif dan keselamatan negara.
Malaysia kini hanya 7.1 peratus lagi ke status negara berpendapatan tinggi
38 Pusat undi awal PRN Negeri Sembilan ditutup
SPRM jejak dokumen pelaburan KWAP di tiga negara
Polis panggil sanusi, pemimpin UMNO bantu siasatan
Anwar tegas martabatkan bahasa Melayu, perluas penguasaan bahasa asing
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat