Kempen Internet Selamat di Malaysia untuk tingkat kesedaran pengguna: Fahmi

May 31, 2025 · Isu semasa

Malaysia memberi tumpuan dalam Kempen Internet Selamat bagi memastikan semua pengguna mengamalkan etika yang baik dan mempunyai kesedaran dalam menggunakan teknologi maklumat.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata kempen yang dijalankan di seluruh negara itu bertujuan memberi kesedaran orang ramai berhubung penipuan dalam talian, perjudian dalam talian, buli siber, bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) dan penyalahgunaan media sosial oleh kanak-kanak bawah 13 tahun.

“Untuk meluaskan jangkauannya, Jelajah Kempen Internet Selamat dilancarkan pada Januari 2025 menampilkan forum interaktif dan sesi penglibatan dengan pelajar dan orang ramai untuk mempromosikan keselamatan dalam talian dan tingkah laku digital yang bertanggungjawab,” katanya.

Beliau menyatakan demikian Ketika berucap pada Mesyuarat Telekomuniti Asia Pasifik Peringkat Menteri di Tokyo, Jepun semalam.

Menurut Fahmi, bagi menggalakkan kebertanggungjawaban platform dalam talian, Malaysia telah memperkenalkan Rangka Kerja Kawal Selia untuk Penyedia Perkhidmatan Mesej Internet dan Media Sosial.

Ia memerlukan semua perkidmatan mesej internet dan penyedia perkhidmatan media sosial dengan lebih lapan juta pengguna di Malaysia memohon Lesen Kelas Penyedia Perkhidmatan Aplikasi (ASP (C)) di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Tambah beliau, dasar yang berkuat kuasa sejak Januari 2025 itu memastikan platform utama mematuhi undang-undang Malaysia dan mengambil tanggungjawab yang lebih besar untuk mengurus kandungan.

Jelasnya, Malaysia juga membangunkan Tata Kelola (Amalan Terbaik) untuk Pemesejan Internet dan Pembekal Perkhidmatan Media Sosial (CoC) yang diterbitkan pada 20 Disember 2024.

“Ia menyasarkan untuk menggalakkan amalan, kebertanggungjawaban etika dan kandngan yang sederhana oleh platform seperti WhatsApp, Facebook, Instagram, X (dahulunya Twitter), dan TikTok.

“Tata kelola ini dibangunkan sebagai tindak balas kepada kebimbangan yang semakin meningkat tentang maklumat yang tidak tepat, kandungan yang berbahaya dan keselamatan dalam talian,” ujarnya

Fahmi berkata, sebagai Pengerusi Asean pada tahun ini, Malaysia telah merintis dan menerajui Deklarasi Kuala Lumpur terhadap Penggunaan Selamat untuk Asean

Selain itu, katanya Malaysia juga sedang meneroka penubuhan Peralatan Keselamatan Dalam Talian Asean yang bertujuan untuk menyatukan sumber dan amalan terbaik negara anggota bagi mengutarakan cabaran keselamatan dalam talian di setiap negara.

Berita berkaitan
Tokyo bergegar, gempa bumi 4.8 landa wilayah Ibaraki
September 17, 2026· Isu semasa
Ibu bapa benteng utama keselamatan digital anak: Fahmi
September 12, 2026· Isu semasa
Fahmi : Penjual dadah guna istilah pelik, kelirukan pengguna dalam talian
September 10, 2026· Isu semasa
Fahmi: Ekonomi digital ASEAN sasar AS$2 trilion menjelang 2030
September 10, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Dua pengarah Mandiri ditahan bantu siasatan AMLA
September 23, 2026 · Isu semasa
Gempa Batu Pahat, gegaran dirasai di enam kawasan sehingga ke Putrajaya
14 jam lalu · Isu semasa
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
20 jam lalu · Isu semasa
Tiga pelakon ditahan susulan video tular persenda Rukun Negara
22 jam lalu · Isu semasa
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok