Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil 16 orang saksi bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah yang membabitkan pegawai agensi penguat kuasa.
Operasi yang dikenali sebagai ‘Ops Bleach’ ini menyiasat kegiatan rasuah untuk mempercepatkan permohonan pendatang asing melalui Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK).
Menurut sumber yang dipercayai, SPRM masih giat mengenal pasti ejen-ejen syarikat yang terlibat, dan kertas siasatan dijangka dapat diselesaikan sepenuhnya pada pertengahan bulan depan.
Siasatan ini difokuskan kepada beberapa kesalahan serius di bawah Akta SPRM 2009.
“Hala tuju siasatan menjurus kepada kesalahan mengikut Seksyen 16 dan Seksyen 17 Akta SPRM 2009, iaitu kesalahan meminta atau menerima rasuah serta menawarkan atau memberi suapan,” jelas sumber dipetik laporan BH.
“Selain itu, siasatan turut merangkumi Seksyen 36 Akta SPRM 2009 berhubung pemilikan harta daripada hasil kesalahan rasuah, dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan penjawat awam menerima barangan berharga tanpa balasan,” tambahnya.
Pada 12 November lalu, operasi pencegahan itu menyaksikan Bahagian Perisikan SPRM menahan 10 pegawai penguat kuasa aktif dan seorang pesara.
Mereka disyaki terlibat dalam aktiviti rasuah bagi meluluskan permohonan pekerja asing dengan pantas.
Ops Bleach dilancarkan sebagai operasi susulan bagi membanteras kegiatan sindiket ‘counter setting’ di pintu-pintu masuk negara.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin, ketika dihubungi telah mengesahkan maklumat berkenaan perkembangan siasatan ini.
Kes scam: Ingat arahan bos, kerani pindah RM452,000
Jerebu makin meluas, 29 kawasan catat IPU tidak sihat
Gempa bumi lemah 3.1 gegar perairan Batu Pahat
Syed Azman Tokoh Perdana Maulidur Rasul, Anwar ucap tahniah kepada semua penerima
Cadangan Audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet: Anwar
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri