Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM

November 25, 2026 · Isu semasa

Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang ditahan berhubung kegiatan sindiket penyeludupan dadah menggunakan aset ketenteraan dipercayai berperanan sebagai pengangkut bekalan dadah dari Lembah Klang ke Sabah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Hussein Omar Khan berkata, anggota terbabit bukan sahaja bertindak sebagai penyelaras, malah turut menguruskan penghantaran bahan terlarang itu ke negeri berkenaan.

“Selain menjadi koordinator, dia juga mengangkut bekalan dadah itu dari Lembah Klang ke Sabah,” katanya selepas menghadiri Program Lawatan Kebajikan dan Penyerahan Replika Cek Insurans Kelompok Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kampung Tengah Geting, Pengkalan Kubor, hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati dadah berkenaan dibawa ke Labuan dan Tawau, namun polis tidak menolak kemungkinan terdapat destinasi lain yang turut menjadi sasaran sindiket terbabit.

Setakat ini, seramai 13 individu ditahan bagi membantu siasatan, membabitkan tujuh pegawai dan anggota TUDM serta enam orang awam.

Hussein berkata, pihaknya turut mengenal pasti beberapa individu lain yang dipercayai mempunyai kaitan dengan rangkaian berkenaan dan usaha mengesan mereka sedang dijalankan.

Katanya, sindiket itu dipercayai mempunyai struktur operasi tersusun yang melibatkan ketua, penyelaras, pengangkut serta beberapa anggota lain.

Mengulas perkembangan siasatan, beliau berkata polis mula memperoleh maklumat mengenai kemungkinan penggunaan aset ketenteraan dalam kegiatan penyeludupan dadah susulan rampasan enam kontena di Pelabuhan Klang pada Januari lalu.

Kontena berkenaan dipercayai mengandungi dadah untuk dihantar ke Teluk Sepanggar, Sabah.

“Polis memperoleh maklumat lebih kukuh pada Julai sebelum membuka kertas siasatan, diikuti tindakan risikan dan pemantauan sehingga membawa kepada insiden terbaharu di Subang,” katanya.

Minggu lalu, polis membongkar kegiatan sindiket pengedaran dadah yang dipercayai menggunakan kemudahan pengangkutan ketenteraan menerusi operasi di Lembah Klang dan Labuan.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin memaklumkan penahanan 13 individu selepas dadah ditemukan disembunyikan dalam lima bagasi dan sebuah kotak di Bangunan Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang, Selangor.

Bahan terlarang itu dikesan menerusi pemeriksaan rutin terhadap barangan sebelum dimuatkan ke dalam pesawat TUDM.

Kes berkenaan mencetuskan perhatian serius kerana dipercayai membabitkan penyalahgunaan kemudahan ketenteraan bagi kegiatan pengedaran dadah, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keselamatan dan kawalan aset strategik negara.

Berita berkaitan
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
November 25, 2026· Isu semasa
MINDEF tubuh jawatankuasa khas siasat skandal dadah TUDM
November 23, 2026· Isu semasa
Kes dadah TUDM: Kabinet akan bincang kawalan keselamatan pangkalan udara
November 22, 2026· Isu semasa
Eksekutif rugi RM617,000 diperdaya pelaburan aksesori kereta
November 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
3 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan pertimbang namakan jalan di KL sempena A Samad Said
3 jam lalu · Isu semasa
Ibu bapa wajib hadir ketika Bantuan Awal Persekolahan RM200 diagihkan
5 jam lalu · Isu semasa
192,869 kes scam, lebih RM7 bilion wang rakyat lesap
5 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah larang pihak terlibat ulas kes Shuhaily
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
19 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok