Enam kawasan di semenanjung rekod cuaca panas Tahap 1

June 2, 2025 · Isu semasa

Sebanyak enam kawasan di Semenanjung Malaysia kini berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) selama tiga hari berturut-turut berikutan cuaca panas yang berterusan, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada Isnin, MetMalaysia memaklumkan bahawa kawasan-kawasan yang terlibat ialah Larut dan Matang, Kuala Kangsar dan Perak Tengah di Perak; Machang dan Kuala Krai di Kelantan; serta Bandar Baharu di Kedah.

“Status Tahap 1 (berjaga-jaga) dikeluarkan apabila suhu maksimum harian mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kesan kesihatan akibat cuaca panas yang berpanjangan, termasuk mengelakkan aktiviti fizikal di bawah terik matahari, kekal terhidrat dan berada di tempat teduh atau berhawa dingin.

Untuk maklumat lanjut dan status terkini cuaca panas harian, orang awam boleh melayari portal rasmi MetMalaysia di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas.

Berita berkaitan
MetMalaysia ramal ribut petir, hujan dan jerebu pada 31 Ogos: Bernama
August 28, 2026· Isu semasa
Jerebu makin meluas, 29 kawasan catat IPU tidak sihat
August 25, 2026· Isu semasa
Ribut petir, hujan lebat diramal di lima negeri hari ini
August 13, 2026· Isu semasa
Cuaca panas melampau: Penduduk kedah diminta kurangkan aktiviti luar
March 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
7 jam lalu · Isu semasa
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
7 jam lalu · Isu semasa
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan dua kampung di Kuala Pilah: Fahmi
7 jam lalu · Isu semasa
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
14 jam lalu · Isu semasa
Amaran kecemasan dikeluarkan di tujuh kawasan Saudi
September 19, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok