Taburan hujan tinggi di Selangor.
Penduduk di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah diminta berwaspada susulan amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada yang dijangka berlarutan hingga Rabu ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan luruan monsun yang dijangka memasuki rantau negara sehingga Rabu berpotensi membawa hujan lebat berterusan, khususnya di kawasan Pantai Timur Semenanjung serta timur Sabah.
Ketua Pengarah MetMalaysia, Mohd Hisham Mohd Anip berkata, analisis model ramalan cuaca menunjukkan keadaan itu berisiko menyebabkan hujan berpanjangan di beberapa kawasan terlibat.
Menerusi kenyataan yang dikemas kini pada 8.30 pagi Ahad, beliau berkata amaran hujan berterusan tahap buruk dikeluarkan bagi lima jajahan di Kelantan iaitu Bachok, Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas dan Pasir Puteh.
Amaran sama turut melibatkan hampir keseluruhan daerah di Terengganu termasuk Besut, Setiu, Dungun, Kemaman, Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.
Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan bagi Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli di Kelantan serta Hulu Terengganu.
Di Pahang, kawasan yang turut terlibat ialah Kuantan, Pekan, Rompin dan Jerantut.
Keadaan sama diramalkan berlaku di Sabah membabitkan Kudat, Paitan, Telupid, Labuk dan Sugut, Sandakan serta Kinabatangan.
Sehubungan itu, orang ramai terutama penduduk di kawasan berisiko diminta mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mengikuti perkembangan cuaca bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
MetMalaysia turut mengingatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi dan media sosial jabatan itu, aplikasi myCuaca atau menghubungi talian 1-300-22-1638.
Amaran berkenaan dikeluarkan ketika negara berada dalam fasa Monsun Timur Laut yang lazimnya membawa taburan hujan tinggi ke negeri-negeri Pantai Timur, sekali gus meningkatkan risiko banjir, khususnya di kawasan rendah dan berhampiran sungai.
Kes dadah TUDM: Kabinet akan bincang kawalan keselamatan pangkalan udara
Penempatan Rohingya: Media antarabangsa lapor kerajaan Turkiye nafi kenyataan Zahid
Penjara terlebih kapasiti, hampir 25,000 banduan dibebas secara lesen
Lima syarikat Bumiputera berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia
Eksekutif rugi RM617,000 diperdaya pelaburan aksesori kereta
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan