RUU Antibuli 2025 diluluskan, tribunal khas bakal lindungi mangsa buli

December 3, 2025 · Isu semasa

Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Antibuli 2025 selepas dibahas oleh 27 Ahli Parlimen, membuka jalan kepada penubuhan Tribunal Antibuli sebagai mekanisme baharu menangani kes buli di sekolah dan institusi lain.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau mengumumkan kelulusan itu yang disifatkan sebagai satu langkah penting ke arah perlindungan lebih kukuh kepada mangsa buli.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said berkata undang-undang baharu ini memberi keyakinan kepada kanak-kanak bahawa mereka akhirnya mempunyai saluran perlindungan yang jelas dalam perundangan.

“RUU ini wujud untuk pastikan kanak-kanak tak rasa sendirian. Kita nak mereka tahu, *‘hey, undang-undang ada untuk jaga kau’,” katanya semasa sesi penggulungan.

Menurut Azalina, Tribunal Antibuli akan diberi kuasa luas untuk mengeluarkan perintah termasuk bayaran balik perbelanjaan munasabah yang ditanggung mangsa, seperti kos rawatan atau khidmat pakar.

Tribunal juga boleh mengarahkan pampasan tambahan yang tidak melebihi RM250,000 bergantung kepada keputusan kes.

“Jumlah RM250,000 itu ialah had maksimum. Tribunal boleh putuskan RM50, RM10, malah 50 sen pun kalau itu yang munasabah. ‘Maximum, not minimum’, itu konsepnya,” jelasnya lagi.

RUU tersebut, yang dibentangkan buat pertama kali pada Isnin lalu, turut memperuntukkan ibu bapa atau penjaga kepada pelaku buli boleh diikat oleh keputusan tribunal, sekali gus memperluas tanggungjawab dalam menangani isu itu.

Azalina menyifatkan langkah tersebut sebagai satu perubahan besar dalam budaya pencegahan buli.

“Kita tak boleh lagi letakkan semua beban kepada sekolah dan guru. Ibu bapa pun ada peranan besar. RUU ini mengiktiraf tanggungjawab itu,” katanya.

Dengan kelulusan ini, Malaysia bersedia melaksanakan rangka kerja lebih tegas dan moden untuk menangani kes buli yang kian mendapat perhatian masyarakat, terutamanya generasi muda yang mahukan persekitaran pembelajaran lebih selamat dan inklusif.

Berita berkaitan
Ibu bapa benteng utama keselamatan digital anak: Fahmi
September 12, 2026· Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
September 4, 2026· Isu semasa
Draf siap, PM akan muktamadkan RUU had tempoh jawatan PM: Azalina
September 3, 2026· Isu semasa
Internet selamat bermula dari rumah: Fahmi
August 8, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
5 jam lalu · Isu semasa
Amaran kecemasan dikeluarkan di tujuh kawasan Saudi
September 19, 2026 · Isu semasa
Bil elektrik boleh turun hingga RM47 sebulan mulai Oktober: TNB
September 18, 2026 · Isu semasa
Sita kargo Israel, bukti Malaysia tak berkompromi: Zulkifli
September 18, 2026 · Isu semasa
Zamri Vinoth kekal berdepan pertuduhan, perbicaraan April tahun depan
September 18, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok