Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar

December 5, 2025 · Isu semasa

Ringgit terus menunjukkan ketahanan luar biasa dalam pembukaan urus niaga pada Jumaat sekitar lingkungan RM4.10 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong oleh sentimen positif terhadap prospek fiskal negara.

Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan didagangkan pada 4.1065/1155 berbanding dolar, lebih kukuh daripada penutupan 4.1115/1165 semalam.

Keadaan fiskal yang lebih kukuh berjaya menarik keyakinan pelabur, membolehkan ringgit mengekalkan momentum walaupun menghadapi data pekerjaan AS yang kukuh.

Pencapaian ini sekaligus meletakkan ringgit pada paras tertinggi dalam tempoh empat tahun lima bulan, mengatasi rekod sebelumnya pada Jun 2021.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata daya tahan ringgit adalah ketara.

“Walaupun data tuntutan awal pengangguran di AS turun ke paras terendah dalam tiga tahun, pasaran masih menjangkakan pihak Rizab Persekutuan AS akan menurunkan kadar faedah tidak lama lagi,” jelasnya kepada Bernama.

Beliau menambah jangkaan itu menjadi pemangkin utama kepada aliran modal dan pengukuhan mata wang tempatan.

Pada masa sama, ringgit juga menunjukkan prestasi memberangsangkan berbanding majoriti mata wang utama yang lain.

Berbanding pound Britain, ringgit mengukuh kepada 5.4711/4831, manakala terhadap euro ia meningkat kepada 4.7816/7921. Berbanding yen Jepun, ringgit didagangkan lebih tinggi pada 2.6470/6529.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1674/1746 dan juga naik berbanding rupiah Indonesia serta baht Thailand.

Berita berkaitan
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS, pelabur beralih kepada aset selamat
November 26, 2026· Isu semasa
Ringgit mengukuh menjelang pengumuman KDNK suku ketiga
November 18, 2026· Isu semasa
Ringgit mengukuh menjelang keputusan OPR: Bernama
November 5, 2026· Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi didorong jangkaan normalisasi OPR: Bernama
November 2, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar: Rasuah sudah jadi masalah sistemik, tindakan tegas perlu diteruskan
November 26, 2026 · Isu semasa
AKPS catat rampasan RM322 juta dalam tempoh 10 bulan
November 26, 2026 · Isu semasa
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
16 jam lalu · Isu semasa
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
17 jam lalu · Isu semasa
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok