Inflasi naik 1.4 peratus pada November: DOSM

December 22, 2025 · Isu semasa

Kadar inflasi Malaysia meningkat kepada 1.4 peratus pada November 2025 berbanding 1.3 peratus pada bulan sebelumnya, dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) mencatatkan 135.1 mata berbanding 133.3 mata pada November tahun lalu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Malaysia, Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, kenaikan inflasi itu didorong terutamanya oleh peningkatan harga dalam kumpulan pendidikan yang naik 2.6 peratus berbanding 2.4 peratus pada Oktober.

“Kumpulan minuman beralkohol dan tembakau turut mencatatkan lonjakan ketara sebanyak 2.4 peratus berbanding 0.3 peratus sebelum ini, manakala harga pengangkutan kembali meningkat 0.2 peratus selepas mencatatkan penurunan pada bulan sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, beberapa kumpulan lain masih menunjukkan peningkatan namun pada kadar yang lebih perlahan, termasuk penjagaan diri dan perlindungan sosial yang meningkat 5.6 peratus, perumahan serta utiliti pada 0.7 peratus dan perkakasan serta penyelenggaraan isi rumah sebanyak 0.2 peratus.

DOSM turut melaporkan bahawa 61.1 peratus atau 350 daripada 573 item dalam bakul IHP mencatatkan kenaikan harga pada November.

Daripada jumlah itu, hampir semua item meningkat kurang daripada 10 peratus, manakala hanya lapan item mencatatkan kenaikan melebihi paras tersebut.

Pada masa sama, 184 item menunjukkan penurunan harga dan 39 item kekal tidak berubah.

Harga purata petrol RON97 meningkat kepada RM3.24 seliter pada November berbanding RM3.18 seliter pada Oktober, manakala harga diesel di Semenanjung Malaysia naik kepada RM3.05 seliter.

Namun, harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

Dari segi negeri, Johor dan Negeri Sembilan mencatatkan inflasi tertinggi pada 1.9 peratus, diikuti Kuala Lumpur dan Selangor. Kelantan pula merekodkan inflasi terendah pada 0.2 peratus.

Di peringkat serantau, inflasi Malaysia kekal lebih rendah berbanding Vietnam, Indonesia dan Korea Selatan, namun lebih tinggi berbanding China dan Thailand yang mencatatkan deflasi.

Berita berkaitan
Pemilik kenderaan diesel boleh mohon tambahan 100 liter bila-bila masa
15 jam lalu· Isu semasa
BDR jimat hampir RM6 juta subsidi petrol
June 23, 2026· Uncategorized
Penyasaran subsidi diesel bawa penjimatan besar, jimat RM2 bilion setahun: Amir Hamzah
June 22, 2026· Isu semasa
Harga minyak dunia stabil, kuota 300 liter boleh dikembalikan: Kamil Munim
June 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ops Lusuh tumpaskan sindiket simpan peralatan telekomunikasi curi di Sarawak
14 jam lalu · Isu semasa
Pengesahan had umur: MCMC boleh kenakan denda RM10 juta kepada platform media sosial
15 jam lalu · Isu semasa
Selepas 20 Tahun di Brunei, MP Miri bantu bapa empat anak kembali bina hidup baharu
15 jam lalu · Isu semasa
Pengawal keselamatan dipenjara, didenda RM50,000 hina Agong di Facebook
15 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah sekat Papagomo sebar kandungan didakwa memudaratkan
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok