PN Perlis sokong Hadi pimpin PN: Shahidan

January 3, 2026 · Politik

Perikatan Nasional (PN) Perlis menyatakan sokongan penuh agar Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, memimpin PN di peringkat pusat, selaras dengan keputusan dan hala tuju yang pernah dinyatakan sebelum ini.

Pengerusi PN Perlis, Shahidan Kassim, berkata semua pihak dalam gabungan itu wajar menghormati pendirian Abdul Hadi yang menyatakan PAS akan menerajui kepimpinan PN.

Menurutnya, Abdul Hadi adalah individu paling sesuai untuk memegang peranan tersebut, manakala soal calon lain diserahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan beliau.

“Tok Guru adalah calon paling sesuai. Siapa sahaja yang beliau sebut, kita akan sokong. Tidak kisah sama ada Sanusi Md Nor, Ahmad Samsuri Mokhtar atau Tuan Ibrahim Tuan Man, semuanya tidak jadi isu kerana kita akan patuh kepada arahan,” katanya dipetik laporan media.

Shahidan turut menjelaskan faktor senioriti memainkan peranan penting dalam menentukan kepimpinan gabungan itu memandangkan PN merupakan kerjasama antara PAS dan Bersatu.

Katanya, pengalaman dan kedudukan dalam parti perlu diambil kira bagi memastikan kestabilan jangka panjang.

“PN ini gabungan tenaga besar, jadi kita kena lihat aspek senioriti. Soal sama ada pelantikan ini boleh meredakan keadaan atau mengukuhkan parti, itu subjektif. Dalam mana-mana parti pun, ‘ribut’ dan ‘taufan’ tetap akan berlaku, tetapi apa yang kita mahukan adalah keamanan,” ujarnya.

Beliau menambah, pandangan parti-parti dalam PN mungkin bergerak secara solo hanyalah persepsi luar, sedangkan keputusan sebenar akan tetap dibuat secara bersama dalam kerangka parti.

“Kalau ada yang beranggapan parti akan bergerak sendiri, itu cuma pandangan orang ramai. Apa pun, kita akan akur dengan keputusan parti,” katanya lagi.

Terdahulu, beberapa pimpinan kanan PN termasuk Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, dilaporkan melepaskan jawatan masing-masing bagi memberi laluan kepada kepimpinan PAS untuk menerajui PN sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16.

Langkah itu dilihat sebagai usaha menyusun semula kekuatan gabungan pembangkang dengan pendekatan yang lebih tersusun dan berpaksikan kesepakatan.

Lagi Politik terkini
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
2 jam lalu · Politik
Ismail Lasim dirawat di hospital, keadaan semakin pulih: Bernama
2 jam lalu · Politik
Zahid janji GST kembali jika BN kuasai Putrajaya
2 jam lalu · Politik
Konvensyen Amanah lulus usul bantah tahanan rumah Najib
2 jam lalu · Politik
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok