Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.
Kenyataan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, mengenai usaha perbincangan dengan pimpinan Parti Bersatu bagi menyatukan orang Melayu dipersoalkan kerana tiada sebarang mandat rasmi diberikan untuk rundingan tersebut.
Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, dalam satu kenyataan menegaskan parti itu tidak pernah meluluskan atau memberi mandat kepada mana-mana pemimpinnya untuk berunding dengan UMNO.
“Bersatu tidak pernah memberikan mandat secara rasmi kepada mana-mana pimpinan parti untuk berunding dengan UMNO, dan perkara ini juga tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Muhyiddin, sebarang perbincangan rentas parti yang melibatkan bentuk kerjasama antara Bersatu dan UMNO perlu dibuat melalui saluran rasmi, dengan kehadiran kepimpinan tertinggi kedua-dua parti.
Beliau turut menekankan keperluan ketelusan serta pertimbangan menyeluruh, termasuk pandangan rakan-rakan parti dalam Perikatan Nasional dan kedudukan UMNO dalam kerajaan perpaduan.
“Sikap kami terbuka, tetapi proses mesti jelas dan berprinsip.
“Bersatu akan menimbangkan sebarang cadangan yang dikemukakan oleh Presiden UMNO selepas mendapat input yang lebih terperinci,” katanya lagi.
Sebelum ini, Ahmad Zahid dalam ucapan di Perhimpunan Agung UMNO menyatakan wujud perbincangan dengan pimpinan Bersatu ke arah penyatuan Melayu.
UMNO kini merupakan sebahagian daripada kerajaan perpaduan, manakala Bersatu berada di blok pembangkang.
172 calon rebut 56 kerusi DUN Johor, saingan lima penjuru di tiga kerusi: SPR
Maszlee tawar agenda baharu demi Johor, kerajaan negeri seiring dengan persekutuan
Kempen PRN dipantau 24 jam, orang ramai diminta bantu bendung berita palsu: Fahmi
Calon ‘underdog’ PH lawan Onn Hafiz sedia beri saingan sengit di DUN Machap
PRN Johor buka tirai, 56 kerusi jadi rebutan
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar