Bekas menantu Ismail Sabri akan diambil keterangan SPRM esok

June 10, 2025 · Politik

Bekas menantu Ismail Sabri Yaakob dijangkakan diambil keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok di Jakarta.

Jovian Mandagie dikehendaki bagi membantu siasatan melibatkan kes penemuan ratusan juta wang milik Ismail Sabri sebelum ini dan laporan media mengatakan pasukan penyiasat akan berada di sana selama dua hari untuk mengambil keterangan pereka fesyen berusia 39 tahun itu.

Menurut laporan BH, keterangan Jovian penting berikutan beberapa dokumen yang perlu disahkan bekas suami anak sulung Ismail Sabri itu.

Pasukan penyiasat SPRM juga dikatakan sudah membuat temu janji dan menetapkan lokasi di Jakarta.

Keterangan Jovian diambil di Jakarta kerana bekas suami Nina Sabrina itu dilaporkan kembali menetap di negara berkenaan selepas mengumumkan penutupan operasi fesyennya tahun lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki mengesahkan, pihaknya akan merakam keterangan Jovian susulan siasatan terhadap pemilikan aset membabitkan Ismail Sabri.

Ismail Sabri sebelum ini beberapa kali hadir di Ibu Pejabat SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan perbelanjaan serta perolehan dana untuk promosi dan publisiti program Keluarga Malaysia ketika tempoh perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Azam dilapor berkata, siasatan dibuat susulan arahan supaya Ismail Sabri membuat pengisytiharan harta mengikut Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009.

Ismail Sabri pada 10 Februari lalu membuat pengisytiharan harta dan SPRM sedang menganalisis sumber perolehan aset berkenaan.

Berita berkaitan
Kes pengisytiharan harta: Ismail Sabri akan didakwa esok
3 jam lalu· Politik
Dua pembantu Najib diperintah bayar RM483,000 kepada pendakwah bebas
3 jam lalu· Isu semasa
RCI Tabung Haji: SPRM tahan bekas pengerusi TH, bekas KSU Perbendaharaan
4 jam lalu· Isu semasa
RCI Tabung Haji: Kerajaan tidak akan kompromi dan tindakan tegas diambil
7 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Mahkamah kekal keputusan, Ketua Menteri P. Pinang menang kes saman fitnah
7 jam lalu · Politik
Aziz Bari gesa UMNO, PAS henti pertikai RCI Tabung Haji
7 jam lalu · Politik
Peja: Bersatu tak mampu bergerak solo di Melaka
10 jam lalu · Politik
Dedah semua, jangan pilih-pilih laporan RCI TH demi kepentingan politik: AMK
10 jam lalu · Politik
Jangan ulang RCI hanya kerana tak suka keputusan: Mahfuz
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok