BM dan Sejarah jadi syarat wajib SPM, sekolah pelbagai aliran sokong: Fahmi

January 30, 2026 · Isu semasa

Wakil sekolah daripada pelbagai aliran pendidikan, termasuk Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), menyatakan sokongan terhadap hasrat kerajaan untuk mewajibkan subjek Bahasa Melayu dan Sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, berkata sokongan itu dizahirkan dalam satu pertemuan yang diadakan minggu ini antara Kementerian Pendidikan dan wakil pelbagai institusi pendidikan, termasuk sekolah antarabangsa, Maahad Tahfiz serta Dong Zong yang sebelum ini sering mengemukakan isu berkaitan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).

Menurutnya, Menteri Pendidikan memaklumkan kepada Jemaah Menteri perbincangan tersebut berjalan lancar dan mencapai titik persamaan antara kehendak kerajaan dan pandangan pihak terlibat.

“Menteri Pendidikan memaklumkan bahawa pertemuan itu berjalan dengan sangat baik dan ada penyelarasan dari segi apa yang kerajaan berhasrat untuk laksanakan, serta diterima baik oleh semua pihak yang hadir,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Isu mewajibkan Bahasa Melayu dan Sejarah dalam SPM sering menjadi perbincangan kerana ia melibatkan pelajar daripada latar belakang sistem pendidikan yang berbeza.

Kerajaan melihat kedua-dua subjek itu sebagai asas penting dalam membina kefahaman bersama tentang bahasa kebangsaan dan sejarah negara, selari dengan usaha memperkukuh perpaduan nasional.

Fahmi turut menjelaskan langkah seterusnya akan melibatkan pertemuan susulan antara Kementerian Pendidikan Tinggi dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi meneliti laluan kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam.

“Pada minggu hadapan, pihak Kementerian Pendidikan Tinggi akan mengadakan pertemuan susulan, termasuk dengan pihak MQA, untuk meneliti aspek laluan ke IPTA,” katanya.

Beliau menambah, selepas siri perbincangan antara Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi selesai, satu kenyataan rasmi bersama akan dikeluarkan bagi memperincikan hala tuju dasar tersebut.

Langkah ini dilihat sebagai usaha kerajaan untuk memastikan dasar pendidikan yang inklusif, jelas dan boleh dilaksanakan tanpa mengetepikan kepentingan semua pihak.

Berita berkaitan
RTM dan Unifi TV dipilih penyiar rasmi Piala Dunia 2026: Fahmi
7 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan Negeri Sembilan kekal stabil, tiada sebarang perubahan: Fahmi
7 jam lalu· Politik
PMX ketuai delegasi negara ke Sidang ASEAN di Cebu esok
8 jam lalu· Isu semasa
Farhash nafi dakwaan wang haram, buat laporan polis
12 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
SPRM syor dakwa dua individu kes pelaburan RM1.1 bilion
9 jam lalu · Isu semasa
Jurukimpal rogol anak tiri di Kelantan dijatuhi hukuman penjara 33 tahun, 32 sebatan
9 jam lalu · Isu semasa
Lukisan ratusan juta dikaitkan dana 1MDB dijangka dibawa pulang hujung tahun
9 jam lalu · Isu semasa
Kes terowong: Mahkamah terima permohonan Guan Eng buang perkataan ‘menerima
11 jam lalu · Isu semasa
Forum media HAWANA 2026 kumpul penggiat industri esok, fokus cabaran semasa
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok