Barang asas keperluan tiada cukai dikenakan dalam semakan SST baharu

June 11, 2025 · Isu semasa

Barangan keperluan dan harian seperti ayam, beras, sayur-sayuran, minyak masak dan ubat-ubatan tidak termasuk dalam senarai semakan dan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan berkuat kuasa pada Julai nanti.

Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan menjelaskan pelarasan SST merupakan langkah yang progresif dan saksama untuk mengukuhkan kedudukan fiskal sambil melindungi golongan yang paling memerlukannya.

“Pendekatan bersasar itu bertujuan memastikan setiap hari rakyat Malaysia terus menikmati cukai jualan sifar peratus ke atas barangan keperluan dan harian: ayam, beras, sayur-sayuran, minyak masak, ubat-ubatan, contohnya.

“Selain itu, bahan binaan asas kekal tidak dikenakan cukai, dan perniagaan kecil dengan hasil di bawah ambang utama dilindungi melalui pengecualian yang diselaraskan dengan teliti,” katanya menerusi hantaran di laman Linkedin beliau, hari ini.

Pada 9 Jun, kerajaan mengumumkan semakan bersasar kadar Cukai Jualan dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025.

Kadar Cukai Jualan kekal tidak berubah bagi barangan keperluan manakala kadar sama ada lima atau 10 peratus akan dikenakan ke atas barangan yang tidak penting atau mengikut budi bicara.

Skop Cukai Perkhidmatan akan diperluaskan merangkumi perkhidmatan baharu seperti penyewaan atau pajakan, pembinaan, kewangan, penjagaan kesihatan swasta, pendidikan dan perkhidmatan kecantikan.

Amir Hamzah berkata semakan dan peluasan SST itu mencerminkan sistem cukai yang semakin canggih yang memperlihatkan nilai kemakmuran bersama dan, apa yang paling penting, menghalang jurang kaya-miskin daripada terus melebar.

“Justeru, kami meminta mereka yang mempunyai kapasiti yang lebih besar untuk menyumbang lebih banyak, itulah sebabnya barangan mewah dan barangan premium yang diimport akan menanggung kadar cukai yang sederhana.

“Pendidikan swasta peringkat tinggi dan perkhidmatan perubatan premium untuk bukan warganegara juga akan dikenakan cukai, memastikan hanya rakyat dan penduduk terkaya menyumbang bahagian saksama mereka kepada asas hasil negara,” katanya.

Amir Hamzah berkata hasil tambahan akan mengalir terus kepada inisiatif seperti bantuan tunai melalui program Sumbangan Tunai Rakyat (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), penambahbaikan infrastruktur dan perkhidmatan awam yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat.

“Sejak mengumumkan peluasan SST yang dirancang dalam Belanjawan 2025, kami telah mengadakan libat urus dengan kumpulan industri dan pengamal cukai yang membawa kepada pelaksanaan dasar bertanggungjawab dari segi fiskal dan mementingkan sosial.

“Bukan mudah untuk mengimbangi antara meluaskan asas hasil negara sambil melindungi majoriti rakyat Malaysia, tetapi pengumuman terbaharu ini adalah langkah progresif ke arah itu,” katanya.

Berita berkaitan
Subsidi cecah RM3.5 Bilion sebulan jika minyak dunia naik AS$90
July 22, 2026· Isu semasa
eFishery: Keputusan pelaburan KWAP dibuat panel profesional
July 20, 2026· Isu semasa
MOF: Bayaran balik lebihan cukai RM14.7 bilion sudah dilunas
July 16, 2026· Isu semasa
5.5 juta ahli KWSP guna akaun fleksibel, cecah hampir RM20 bilion
July 10, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Aminuddin gesa tindakan tegas terhadap pihak hina institusi diraja
17 jam lalu · Isu semasa
RCI Tabung Haji: Kerajaan buat keputusan Rabu ini
19 jam lalu · Isu semasa
CTPR: MCMC perkukuh kapasiti kawal selia digital Malaysia, ASEAN
19 jam lalu · Isu semasa
Jangan heret istana dalam politik : Istana Negeri Sembilan
21 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi menjelang PRN Negeri Sembilan: Bernama
July 27, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
9 jam lalu
[VIDEO] Khaled Nordin lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?
July 27, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok