Pindaan SOSMA dijangka dibentang tengah tahun ini

February 9, 2026 · Isu semasa

Kerajaan dijangka membentangkan pindaan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di Dewan Rakyat sekitar Jun atau Julai tahun ini, selepas proses kajian dan libat urus selesai.

Langkah itu dibuat bagi menambah baik pelaksanaan undang-undang berkaitan kes keselamatan negara serta memastikan keseimbangan antara keselamatan awam dan hak individu.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata, kertas Kabinet berkaitan usaha memulakan pindaan termasuk kajian menyeluruh telah dibentangkan baru-baru ini.

Menurutnya, antara perubahan utama yang dicadangkan ialah pengkelasan kesalahan mengikut tahap keseriusan.

“Jika kesalahan membawa hukuman penjara berat seperti 20 atau 30 tahun, kita cenderung mencadangkan supaya tiada ikat jamin dalam tempoh ditetapkan. Namun bagi kesalahan lebih ringan, keputusan ikat jamin boleh ditentukan oleh mahkamah atau Timbalan Pendakwa Raya,” katanya di Dewan Rakyat semasa sesi penggulungan hari ini.

Beliau menjelaskan ketika ini kira-kira 73 kesalahan di bawah SOSMA dikendalikan secara sama rata, khususnya melibatkan isu ikat jamin dan tempoh menunggu prosiding yang panjang.

Kerajaan juga meneliti kemungkinan menubuhkan mahkamah khas SOSMA bagi mempercepatkan proses perbicaraan.

“Kritikan paling kuat terhadap SOSMA ialah tempoh menunggu prosiding yang lama ketika suspek tidak dibenarkan ikat jamin, dan itu dianggap seperti satu hukuman,” katanya lagi.

SOSMA diperkenalkan pada 2012 bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan bertujuan menangani kesalahan keselamatan seperti keganasan dan jenayah terancang.

Undang-undang itu membenarkan penahanan sehingga 28 hari bagi tujuan siasatan sebelum pendakwaan dibuat di mahkamah.

Berita berkaitan
Parlimen: RUU tahanan di rumah hampir siap diteliti KDN, AGC
October 28, 2026· Isu semasa
Op Viking: Polis sita aset RM409 juta berkait mafia korporat, 70 individu dipanggil
1 jam lalu· Isu semasa
Mahkamah dengar cabaran PN terhadap penggantungan RoS 7 Disember
14 jam lalu· Politik
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
14 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
October 28, 2026 · Isu semasa
Eksport Malaysia ke AS melonjak 69.1 peratus, cecah RM282 bilion
October 28, 2026 · Isu semasa
Isu MyKad tular dimiliki warga asing, JPN siasat dakwaan
1 jam lalu · Isu semasa
Bekas polis dakwa jadi mangsa kekerasan Shuhaily 11 tahun lalu
1 jam lalu · Isu semasa
PTPTN perinci penangguhan bayaran balik, umum tidak lama lagi
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok