PTPTN perinci penangguhan bayaran balik, umum tidak lama lagi

October 27, 2026 · Isu semasa

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang memperincikan mekanisme penangguhan bayaran balik pinjaman bagi peminjam berpendapatan rendah seperti diumumkan dalam Belanjawan 2027.

Pengerusinya, Norliza Abdul Rahim, berkata kaedah pelaksanaan inisiatif itu masih dibincangkan bersama Kementerian Kewangan sebelum diumumkan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, peminjam berpendapatan bawah RM2,500 sebulan akan diberikan penangguhan bayaran ansuran, manakala mereka yang berpendapatan antara RM2,500 hingga RM3,000 hanya perlu membayar RM50 sebulan.

“Pendapatan atas RM3,000 kena bayar seperti biasa. Secara terperinci, kita masih dalam peringkat perbincangan dengan Kementerian Kewangan dan akan mengumumkan kaedahnya secara lebih komprehensif dalam masa terdekat,” katanya selepas menghadiri Program Junior Superhero Simpan SSPN 2026 di Hospital Pulau Pinang, hari ini.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan 2027 pada 9 Oktober lalu mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam berpendapatan bawah RM2,500 sebulan.

Selain itu, peminjam berpendapatan antara RM2,500 hingga RM3,000 sebulan hanya dikenakan bayaran minimum RM50 sebulan, manakala mereka yang berpendapatan melebihi RM3,000 perlu meneruskan bayaran mengikut ketetapan sedia ada.

Kerajaan turut mengumumkan diskaun bayaran balik sebanyak 10% kepada peminjam yang tidak mempunyai tunggakan dan membuat pembayaran secara teratur.

Dalam pada itu, Norliza menggalakkan peminjam yang mempunyai pekerjaan dan berkemampuan supaya terus membuat bayaran balik secara konsisten bagi menikmati insentif diskaun berkenaan.

Beliau turut menasihatkan peminjam yang mempunyai tunggakan supaya berunding dengan PTPTN untuk menyusun semula jadual pembayaran mengikut kemampuan masing-masing.

Langkah itu penting bagi membantu peminjam mengurus komitmen kewangan mereka dengan lebih baik, selain mengelakkan masalah tunggakan berpanjangan yang boleh menjejaskan kedudukan akaun pinjaman.

Berita berkaitan
Peminjam PTPTN bergaji RM2,500 hanya perlu bayar RM50 sebulan: Adam Adli
October 23, 2026· Isu semasa
Mahfuz pertahan mahasiswa bersuara, kritik pemimpin taksub politik
October 21, 2026· Politik
Mahkamah Rayuan kekal arahan Jovian bayar RM10 juta
October 20, 2026· Isu semasa
Fahmi kecam buli siber mahasiswa UM, minta mangsa buat laporan
October 18, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
3 jam lalu · Isu semasa
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
20 jam lalu · Isu semasa
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
20 jam lalu · Isu semasa
Ekonomi Malaysia kukuh, ringgit dijangka cecah RM3.97: Hong Leong Bank
20 jam lalu · Isu semasa
Tok Mat persoal keberkesanan UNHCR urus pelarian Rohingya
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok