Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dikaitkan dalam penemuan wang RM170 juta sebelum ini.
Bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menyifatkan karier politiknya masih belum berakhir walaupun namanya terpalit dengan isu penemuan wang tunai yang dikaitkan dengan siasatan pihak berkuasa.
Beliau berkata, buat masa ini masih kekal aktif sebagai Ahli Parlimen Bera dan pemimpin bahagian UMNO di kawasan itu dan keputusan sama ada akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang hanya akan ditentukan pada masa yang sesuai.
“Saya masih jalankan tugas sebagai Ahli Parlimen dan pemimpin bahagian. Cuma saya sedar mungkin tidak lagi berada dalam arus politik utama. Soal pilihan raya akan diputuskan kemudian,” katanya dipetik laporan selepas program ziarah dan sumbangan kebajikan.
Beliau turut memaklumkan fokusnya kini lebih kepada kerja kebajikan termasuk membantu kira-kira 1,000 anak yatim yang kehilangan ketua keluarga akibat pandemik Covid-19.
“Buat masa ini, saya beri tumpuan kepada kebajikan dan bantuan kepada golongan yang memerlukan,” katanya lagi.
Ismail Sabri sebelum ini menjadi perhatian selepas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan rampasan wang tunai dan aset bernilai ratusan juta ringgit yang didakwa berkait dengan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
Pihak berkuasa pernah merampas kira-kira RM170 juta wang tunai dan jongkong emas dalam beberapa serbuan berkaitan siasatan tersebut.
Kes itu juga menyaksikan beliau disiasat sebagai suspek dalam siasatan yang melibatkan perbelanjaan dan perolehan kerajaan semasa tempoh pentadbirannya sebagai Perdana Menteri dari 2021 hingga 2022.
Ismail Sabri sebelum ini memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia kesembilan dari Ogos 2021 hingga November 2022, selepas krisis politik yang menyaksikan perubahan kepimpinan kerajaan persekutuan.
Samsuri tandatangan watikah hanya selepas rundingan PAS-BN gagal: Marzuki
172 calon rebut 56 kerusi DUN Johor, saingan lima penjuru di tiga kerusi: SPR
Maszlee tawar agenda baharu demi Johor, kerajaan negeri seiring dengan persekutuan
Kempen PRN dipantau 24 jam, orang ramai diminta bantu bendung berita palsu: Fahmi
Calon ‘underdog’ PH lawan Onn Hafiz sedia beri saingan sengit di DUN Machap
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar