Muhammad Kamil Abdul Munim.
Polis digesa menjalankan siasatan menyeluruh dan mendedahkan dalang serta mana-mana pihak yang bersubahat dalam dakwaan komplot menjatuhkan kerajaan.
Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Kamil Munim berkata, rakyat berhak mengetahui kebenaran dan sebarang cubaan memperdagangkan kedaulatan negara demi kepentingan tertentu tidak boleh dibiarkan.
“Kita memandang serius dakwaan wujud usaha melibatkan firma asing untuk memberi tekanan terhadap sendi dan institusi negara.
“Jika benar, ini ancaman luar yang tidak boleh dipandang ringan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.
Menurut beliau, situasi itu lebih membimbangkan sekiranya terdapat individu dalam negara yang sanggup bersekongkol demi kepentingan peribadi.
“Apatah lagi jika ada watak pengkhianat dari dalam yang sanggup bersekongkol. Perkara ini menyentuh soal kedaulatan dan maruah negara, bukan sekadar polemik politik,” ujarnya.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail memaklumkan pihaknya menerima laporan berhubung dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan yang dikaitkan dengan seorang individu berpengaruh tempatan dan sebuah agensi media antarabangsa.
Siasatan sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Isu kestabilan politik terus menjadi perhatian sejak negara berdepan beberapa episod perubahan kerajaan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
Kamil menegaskan, tindakan tegas perlu diambil sekiranya dakwaan tersebut terbukti benar.
“Negara tidak boleh bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang cuba merosakkan kestabilan demi agenda sempit. Rakyat perlu tahu siapa yang terlibat dan apa motif sebenar di sebaliknya,” katanya.
Beliau turut mengingatkan agar isu berkenaan tidak dipandang sebagai helah politik semata-mata, sebaliknya ditangani secara profesional dan telus demi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara.
Samsuri tandatangan watikah hanya selepas rundingan PAS-BN gagal: Marzuki
BN kekal solo, tak layan kerjasama dengan PAS atau Wawasan: Zahid
172 calon rebut 56 kerusi DUN Johor, saingan lima penjuru di tiga kerusi: SPR
Kempen PRN dipantau 24 jam, orang ramai diminta bantu bendung berita palsu: Fahmi
Calon ‘underdog’ PH lawan Onn Hafiz sedia beri saingan sengit di DUN Machap
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar