Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof.
Dalam dunia yang semakin tidak menentu, keselamatan tenaga kini menjadi keutamaan utama negara, bukan lagi sekadar pilihan dasar.
Perkara itu ditegaskan oleh Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof, yang menyifatkan landskap tenaga global semakin mencabar susulan ketegangan geopolitik dan gangguan rantaian bekalan.
Menurut beliau, perkembangan seperti gangguan di Selat Hormuz memberi kesan besar kepada pasaran tenaga dunia, sekali gus menyebabkan turun naik harga minyak yang memberi impak langsung kepada kos elektrik dan operasi perniagaan.
“Keadaan ini memberi impak langsung kepada kos elektrik, kos operasi perniagaan serta ekonomi keseluruhan, sekali gus menuntut pendekatan lebih strategik dalam pengurusan tenaga negara,” katanya ketika berucap pada majlis penyiapan Projek Program Tenaga Hijau Korporat (CGPP) hari ini.
“Dalam keadaan seperti ini, keselamatan tenaga bukan lagi satu pilihan, sebaliknya ia merupakan keutamaan strategik negara,” tambahnya dengan l menegaskan keperluan memperkukuh sumber tenaga domestik yang stabil dan mampan bagi menjamin daya tahan jangka panjang.
Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini giat mempercepat peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui sebagai sebahagian daripada strategi nasional, termasuk melalui Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).
Usaha ini selari dengan trend global yang semakin menitikberatkan kelestarian dan pengurangan karbon.
Dalam perkembangan berkaitan, Fadillah berkata penyiapan projek solar Setia Kawan Energy dan Selarong Pertama Energy di bawah CGPP menandakan satu lagi pencapaian penting, dengan kapasiti gabungan sekitar 60 megawatt arus ulang alik (MWac) disalurkan ke sistem tenaga negara.
“Kejayaan ini membuktikan keupayaan Malaysia menterjemah dasar kepada pembangunan infrastruktur tenaga bersih yang berimpak tinggi,” katanya.
Beliau turut menjelaskan sehingga 2025, Malaysia telah mencapai lebih 12 gigawatt kapasiti tenaga boleh diperbaharui terpasang, dengan tenaga solar menjadi pemacu utama.
Menurutnya, sasaran 40 peratus kapasiti tenaga boleh diperbaharui menjelang 2035 dan 70 peratus menjelang 2050 semakin realistik.
“Bekalan tenaga bersih kini menjadi penentu utama dalam keputusan pelaburan global,” katanya.
Tambah beliau, syarikat multinasional serta industri berteknologi tinggi kini semakin bergantung kepada komitmen kelestarian, sekali gus meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan hijau yang semakin mendapat perhatian.
Anwar ajak rakyat tolak kebencian sempena Hari Wesak
Anwar umum kenaikkan Geran Interim kepada Sabah RM1.5 Bilion
Amanah Selangor bidas Liu berhubung isu ladang babi
Anwar tegas mahu Sabah, Sarawak terus maju
Anwar mahu kementerian berjimat hadapi tekanan ekonomi global
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi