Harga diesel Sabah, Sarawak, Labuan kekal RM2.15: MOF

April 15, 2026 · Isu semasa

Kerajaan mengekalkan harga diesel pada RM2.15 seliter di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi memastikan kelangsungan kehidupan dan aktiviti ekonomi rakyat di wilayah berkenaan tidak terjejas.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF), keputusan itu mengambil kira kebergantungan tinggi penduduk di tiga wilayah tersebut terhadap diesel, bukan sahaja sebagai bahan api kenderaan tetapi juga sebagai sumber tenaga utama.

“Diesel bukan sekadar bahan api, malah menjadi nadi kehidupan harian penduduk di Sabah, Sarawak dan Labuan,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

MOF menjelaskan faktor geografi memainkan peranan besar.

Sabah dan Sarawak mempunyai keluasan kira-kira 60 peratus lebih besar berbanding Semenanjung Malaysia, selain berdepan bentuk muka bumi mencabar yang mengehadkan pembangunan infrastruktur jalan raya.

Di banyak kawasan pedalaman, penduduk masih bergantung kepada pengangkutan air dan kenderaan pacuan empat roda. Malah, liputan bekalan elektrik juga belum menyeluruh, menjadikan diesel sebagai sumber utama untuk penjanaan tenaga.

“Di kawasan luar bandar, diesel digunakan secara meluas untuk menjana elektrik serta menyokong aktiviti ekonomi seperti pengangkutan dan perikanan,” menurut kenyataan itu lagi.

Secara keseluruhan, penggunaan diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan dianggarkan mencecah sekitar dua bilion liter setahun.

Justeru, pengekalan harga tersebut dilihat penting bagi mengurangkan beban kos sara hidup dan menyokong ekonomi tempatan.

Langkah ini juga selari dengan pendekatan subsidi diesel secara bersasar yang menitikberatkan keperluan sebenar pengguna serta prinsip kesamarataan.

MOF menegaskan dasar itu bertujuan memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Keputusan mengekalkan harga diesel ini mencerminkan usaha kerajaan menyeimbangkan antara pengurusan fiskal dan kebajikan rakyat, khususnya di wilayah yang masih berdepan cabaran pembangunan asas.

Berita berkaitan
Jangan samakan CSA dengan Dajal, PAS dibidas guna agama serang lawan
10 jam lalu· Politik
RM14 bilion wang tidak dituntut, ramai tak sedar: Amir Hamzah
22 jam lalu· Isu semasa
Projek jalan luar bandar: Mahfuz sindir Zahid, jangan hanya pandai salahkan MOF
November 3, 2026· Politik
Isu projek Sabah, Sarawak: Zahid sedia kemuka bukti surat, nafi sabotaj
November 3, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Pengasingan AG dan Pendakwa Raya ambil masa setahun, perlu 148 undi MP
4 jam lalu · Isu semasa
Beras masih cukup, jangan buat pembelian panik: Mohamad Sabu
6 jam lalu · Isu semasa
MMM mahu hak pekerja Utusan, Kosmo! dilindungi
8 jam lalu · Isu semasa
KBS tak lulus HYROX KL jika tajaan arak tidak ditarik balik
10 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Janji untung 50 peratus, pesara guru rugi RM521,787
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok