Jangan samakan CSA dengan Dajal, PAS dibidas guna agama serang lawan

6 jam lalu · Politik

Parti politik diingatkan supaya tidak menjadikan sentimen agama sebagai senjata untuk menyerang atau mempertikaikan strategi politik pihak lawan, khususnya apabila perbezaan pandangan boleh dibahaskan secara rasional dalam kerangka demokrasi.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah, Mustapha Sakmud berkata, tindakan mengaitkan instrumen demokrasi seperti Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) dengan watak akhir zaman seperti Dajal hanya akan mengelirukan masyarakat, khususnya umat Islam di Sabah.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) meluahkan rasa kesal terhadap kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang didakwa menyamakan pendekatan CSA dengan watak berkenaan.

“Apakah apabila hujah politik tidak lagi mencukupi, istilah akhir zaman pula perlu dijadikan senjata?

“CSA boleh dibahaskan secara rasional dalam kerangka demokrasi berparlimen tanpa perlu mengheret sentimen agama untuk memburukkan pihak yang berbeza pandangan,” katanya dalam kenyataan.

Mustapha turut mempersoalkan pendirian PAS yang kini dilihat mengkritik pendekatan CSA, sedangkan instrumen sama pernah dilaksanakan ketika parti itu berada dalam kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, perkara itu menimbulkan persoalan mengenai kewajaran melabelkan pendekatan berkenaan secara negatif sehingga dikaitkan dengan unsur keagamaan.

Beliau berkata, kepelbagaian agama, bangsa dan budaya sekian lama menjadi asas kekuatan masyarakat Sabah yang hidup dalam suasana harmoni.

Justeru, budaya melabel sesama umat Islam dengan gambaran buruk hanya kerana perbezaan pendirian politik bukan sesuatu yang mudah diterima masyarakat di negeri itu.

“Bagi rakyat Sabah, budaya melabel sesama Muslim dengan gambaran seburuk itu hanya kerana berbeza pendirian politik amat janggal dan sukar diterima.

“Agama sepatutnya menyatukan, bukan memecah-belahkan, dan Sabah tidak perlu diajar tentang perpaduan oleh mereka yang masih gemar melabel sesama sendiri,” katanya.

Sehubungan itu, Mustapha menyeru rakyat Sabah supaya mempertahankan keharmonian masyarakat dan menolak politik sempit yang mengeksploitasi agama demi kepentingan kuasa.

Beliau menegaskan semua pihak perlu mencari titik persamaan serta mengutamakan perpaduan bagi memastikan kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.

Untuk rekod, CSA merupakan pendekatan dalam sistem demokrasi berparlimen yang membolehkan sesebuah kerajaan mendapatkan sokongan parti lain bagi memastikan kelangsungan pentadbiran dan kelulusan perbekalan tanpa semestinya membentuk gabungan kerajaan secara rasmi.

Berita berkaitan
Zaliha cabar PAS bahas kandungan CSA, bukan main sentimen agama
November 4, 2026· Politik
CSA bukan Dajal ketika PAS berkuasa, Mahfuz bidas Hadi
2 jam lalu· Politik
PAS dulu terima MoU, sekarang CSA pula dikaitkan dengan Dajal: Kamil
2 jam lalu· Politik
CSA: Azalina tegur Hadi, istilah Dajal keterlaluan
2 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Ibu Nizar Najib kritikal, mohon doa orang ramai
2 jam lalu · Politik
Asyraf Wajdi: Belum cukup dana untuk bayar denda Najib
4 jam lalu · Politik
Adly bidas Hadi: Buktikan jika CSA jejaskan rakyat seperti didakwa PAS
4 jam lalu · Politik
Tarikh sidang DUN Negeri Sembilan belum dapat perkenan: Ismail Lasim
6 jam lalu · Politik
Spekulasi bayaran RM50 juta, peguam Najib tampil beri penjelasan
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok