Kes rasuah.
Tempoh reman seorang pendakwah bebas yang disyaki menyeleweng dana sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berjumlah kira-kira RM12.3 juta dilanjutkan sehingga 1 Mei ini.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nurul Saqinah Rosli di Mahkamah Majistret Seremban hari ini selepas tempoh tahanan awal suspek berusia lingkungan 30-an berakhir.
Suspek sebelum ini direman selama lima hari bermula Rabu lalu bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail mengesahkan lanjutan reman tersebut ketika dihubungi.
“Permohonan dibuat susulan siasatan yang masih berjalan dan memerlukan masa tambahan,” katanya.
Dalam perkembangan sama, SPRM telah membekukan 15 akaun bank yang dianggarkan berjumlah RM16.6 juta. Akaun tersebut melibatkan empat akaun individu, tiga akaun NGO dan lapan akaun syarikat.
Selain pembekuan akaun, pihak berkuasa turut menyita pelbagai aset termasuk wang tunai RM158,731, Riyal 102,893, Dolar Singapura SGD27,929 serta barangan kemas dianggarkan bernilai kira-kira RM2 juta.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009, selain turut melibatkan siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Sumber berkata siasatan tertumpu kepada aliran kewangan dana yang dikutip atas nama kebajikan, namun dipercayai disalah guna untuk kepentingan peribadi dan aktiviti lain yang tidak berkaitan.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki sebelum ini memaklumkan pihaknya akan memanggil antara 14 hingga 15 saksi bagi membantu siasatan.
“Kami sedang meneliti semua aspek termasuk transaksi kewangan dan penggunaan dana,” katanya.
Beras masih cukup, jangan buat pembelian panik: Mohamad Sabu
MMM mahu hak pekerja Utusan, Kosmo! dilindungi
KBS tak lulus HYROX KL jika tajaan arak tidak ditarik balik
Kes scam: Janji untung 50 peratus, pesara guru rugi RM521,787
Kerajaan kaji pengecualian PTPTN untuk graduan kelas pertama
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum