Seorang lelaki ditahan berhubung isu bantahan azan di Ampang

April 26, 2026 · Isu semasa

Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun bagi membantu siasatan berhubung isu bantahan terhadap pelaksanaan solat Jumaat dan azan di sebuah surau di Ampang yang tular baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar berkata, suspek ditahan di Pandan Indah kira-kira jam 3 petang, selain beberapa barangan termasuk komputer riba, telefon bimbit dan dokumen dirampas untuk siasatan lanjut.

“Semakan mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau dan ujian air kencing adalah negatif,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan dijalankan secara profesional dan telus tanpa kompromi,” tegasnya.

Isu ini mencetuskan perhatian ramai selepas timbul dakwaan terdapat bantahan terhadap aktiviti surau termasuk laungan azan, solat berjemaah dan penggunaan ruang luar.

Malah, terdapat pihak yang mendakwa azan mengganggu serta meminta aktiviti keagamaan tertentu dihentikan.

Polis sebelum ini menerima laporan daripada jawatankuasa surau di Taman Seraya, Ampang susulan ketegangan yang berlaku. Beberapa individu termasuk wakil komuniti setempat telah dipanggil memberi keterangan bagi melengkapkan siasatan.

Dalam perkembangan sama, seorang individu turut disenaraikan dalam pekeliling khas bagi menghalangnya daripada meninggalkan negara, berkaitan isu petisyen azan tersebut.

Kes ini turut mendapat perhatian kerana melibatkan titah Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung hal ehwal agama Islam di negeri berkenaan.

Shazeli mengingatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih.

“Polis tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi dan menggugat keharmonian masyarakat,” katanya.

Berita berkaitan
Kes scam: Janji untung 50 peratus, pesara guru rugi RM521,787
6 jam lalu· Isu semasa
Winbox, Alibaba antara sindiket judi dalam talian terbesar dalam pantauan polis
21 jam lalu· Isu semasa
Dana Inovasi Media 2.0 perkasa industri media berdepan cabaran digital: Teo Nie Ching
November 3, 2026· Isu semasa
Lebih 724,000 kandungan judi dalam talian diturunkan MCMC: Teo Nie Ching
November 3, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Beras masih cukup, jangan buat pembelian panik: Mohamad Sabu
2 jam lalu · Isu semasa
MMM mahu hak pekerja Utusan, Kosmo! dilindungi
4 jam lalu · Isu semasa
KBS tak lulus HYROX KL jika tajaan arak tidak ditarik balik
6 jam lalu · Isu semasa
Seludup rokok: Datuk antara tiga ditahan SPRM, rasuah polis RM1 juta
6 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan kaji pengecualian PTPTN untuk graduan kelas pertama
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok