Pengarah Strategi PKR Sim Tze Tzin.
Tindakan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri mencetuskan kebimbangan mengenai kestabilan politik, ketika pimpinan pusat mengingatkan kepentingan mengekalkan semangat Kerajaan Perpaduan.
Pengarah Strategi PKR Sim Tze Tzin, menegaskan kerjasama antara gabungan politik selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) adalah berasaskan keperluan membentuk kerajaan yang stabil susulan tiada parti memperoleh majoriti mudah.
“Persetujuan Kerajaan Perpaduan adalah untuk memastikan kerajaan yang stabil sehingga tamat penggal. Semua pihak perlu menghormati perjanjian ini demi kepentingan rakyat,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.
Kenyataan itu hadir susulan tindakan semua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN-UMNO di Negeri Sembilan yang sebulat suara menarik sokongan terhadap pentadbiran Menteri Besar, Aminuddin Harun.
Langkah tersebut dilihat sebagai perkembangan serius dalam landskap politik negeri itu.
Pengerusi BN Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias, memaklumkan surat rasmi mengenai keputusan berkenaan akan dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri dan Setiausaha DUN untuk tindakan lanjut.
Kerajaan Perpaduan dibentuk selepas PRU-15 pada 2022 apabila tiada gabungan politik berjaya memperoleh majoriti mudah di peringkat Persekutuan.
Model kerjasama itu kemudian diteruskan di beberapa negeri, termasuk Negeri Sembilan, bagi memastikan pentadbiran berjalan lancar.
Dalam Pilihan Raya Negeri 2023, gabungan Pakatan Harapan (PH) dan BN berjaya membentuk kerajaan negeri selepas menguasai majoriti kerusi DUN.
Daripada 36 kerusi keseluruhan, PH memenangi 17 kerusi manakala BN memperoleh 14 kerusi, sementara Perikatan Nasional (PN) menguasai lima kerusi.
Perkembangan terbaru ini berpotensi menggugat kedudukan kerajaan negeri sekiranya tiada penyelesaian dicapai antara pihak terlibat.
Pemerhati politik melihat situasi ini sebagai ujian penting terhadap ketahanan konsep Kerajaan Perpaduan yang dibentuk pasca PRU-15.
Samsuri tandatangan watikah hanya selepas rundingan PAS-BN gagal: Marzuki
172 calon rebut 56 kerusi DUN Johor, saingan lima penjuru di tiga kerusi: SPR
Kempen PRN dipantau 24 jam, orang ramai diminta bantu bendung berita palsu: Fahmi
Bersatu berkempen dengan kekuatan sendiri, tak apa PAS tak mahu bantu: Muhyiddin
PRN Johor buka tirai, 56 kerusi jadi rebutan
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar