AGC perlu sedikit masa teliti laporan SPRM berhubung kes Ismail Sabri: Laporan

October 16, 2025 · Isu semasa

Pejabat Peguam Negara (AGC) mengesahkan sedang meneliti laporan penuh siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar, menjelaskan proses penelitian itu melibatkan banyak dokumen dan aspek keterangan yang memerlukan pertimbangan teliti.

“Proses-proses itu mungkin akan mengambil masa, selain terdapat keperluan untuk siasatan lanjut dijalankan,” katanya dipetik laporan BH mengulas perkembangan terkini kes berkenaan.

Perkembangan ini berlatarbelakangkan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, pada 9 September lalu yang mengesahkan wang tunai hampir RM170 juta yang disita dan dipercayai milik Ismail Sabri telah secara rasmi menjadi hak kerajaan.

Pemilikan itu dimuktamadkan susulan keputusan bekas Perdana Menteri tersebut untuk tidak mencabar permohonan pelucutan harta oleh pihak pendakwaan.

Dalam perkembangan lain, Mohd Dusuki turut mendedahkan status siasatan berhubung menantu bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, iaitu ahli perniagaan Muhammad Adlan Berhan.

“Siasatan ke atas menantu Muhyiddin selesai dan arahan untuk pertuduhan sudah ada,” ujarnya.

Bagaimanapun, Muhammad Adlan dipercayai sedang berada di Asia Barat, dan usaha untuk mengesannya masih giat dijalankan oleh pihak berkuasa.

Tindakan notis merah melalui Polis Antarabangsa (Interpol) telah dimohon sebelum ini bagi memudahkan usaha pencarian beliau dan seorang lagi individu yang dikaitkan dengan kes berkenaan.

Berita berkaitan
PM gesa tolak amalan kartel, lindungi kepentingan rakyat
January 24, 2026· Politik
Bekas PTD didakwa dua lagi pertuduhan di Mahkamah Shah Alam
January 23, 2026· Isu semasa
Bekas PAT berdepan empat tuduhan rasuah dan pecah amanah
January 23, 2026· Isu semasa
SPRM tahan tokoh perniagaan disyaki tipu pelabur lebih RM300 juta
January 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
RUU PSB perlu dibaiki demi hak penduduk, UMNO tak tolak pembangunan: Asyraf
17 jam lalu · Isu semasa
Saluran aduan media kini dibuka, fokus profesional dan telus: Fahmi
17 jam lalu · Isu semasa
X ambil langkah tingkat keselamatan, beri kerjasama baik: Fahmi
21 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan tarik balik RUU Pembaharuan Bandar untuk penambahbaikan: Fahmi
21 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perhalusi persiapan pelajar tahun 1 dan laluan IPTA pelajar
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
January 20, 2026
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong
January 19, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok