Ahli politik nak melawat sekolah perlu ikut garis panduan: Menteri Pendidikan

July 21, 2025 · Isu semasa

Garis panduan yang ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM) perlu dipatuhi ahli politik dalam lawatan yang diadakan mereka ke sekolah, kata Fadhlina Sidek.

Menteri Pendidikan itu berkata garis panduan itu termasuk pemberian sumbangan di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan yang tertakluk
kepada pematuhan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) KPM dan Garis Panduan Undangan atau Lawatan Orang Kenamaan dan Ahli Politik ke Institusi Pendidikan di bawah kementerian.

“Ia adalah bagi memastikan interaksi yang profesional di institusi pendidikan selain menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan warga sekolah,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) yang mahu tahu mengenai prosedur sesebuah organisasi atau wakil rakyat yang ingin memberi sumbangan di sekolah.

Ini kerana Ikmal Hisham mendakwa, Ahli Parlimen pembangkang berdepan pelbagai masalah untuk memberikan sumbangan terbabit, malah ada yang tidak dibenarkan.

Pada masa sama, Fadhlina berkata, berhubung aspek sumbangan, ia membabitkan dua peringkat dengan melalui proses tadbir urus yang telus, berakauntabiliti dan berintegriti.

Beliau berkata, semua bentuk sumbangan atau pendanaan awam hendaklah disalurkan mengikut ketetapan digariskan melalui SPI KPM bilangan 3, tahun 2018.

Katanya, ia juga perlu melalui panduan penyaluran dan penerimaan sumbangan daripada sektor swasta dan bukan swasta kepada sekolah kerajaan serta sekolah bantuan kerajaan.

Berita berkaitan
DAP sokong mansuh AUKU, mahu reformasi pendidikan diteruskan
August 16, 2026· Politik
Wanita PKR perlu bangkit, turun padang dekati pengundi: Fadhlina
August 14, 2026· Politik
Dewan Negara lulus pindaan Akta MCMC, ahli politik tak lagi boleh jadi pengerusi
August 3, 2026· Isu semasa
Anwar tegas martabatkan bahasa Melayu, perluas penguasaan bahasa asing
July 28, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Majlis Amanat Hari Kebangsaan dipindah ke PICC kerana jerebu
9 jam lalu · Isu semasa
RCI Tabung Haji: Bekas pengerusi TH, KSP direman tujuh hari
15 jam lalu · Isu semasa
Bekas menteri dijangka didakwa rasuah esok, identiti belum didedahkan: Laporan
15 jam lalu · Isu semasa
Banjir Nepal: Kerajaan giat kesan 54 rakyat Malaysia
19 jam lalu · Isu semasa
SPRM reman bekas Pengerusi dan KSP berkait RCI TH
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok