Anwar kagum perhatian Xi terhadap MADANI, kerjasama peradaban Islam dan Konfusianisme

November 20, 2026 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim kagum dengan minat yang ditunjukkan Presiden China Xi Jinping terhadap konsep Malaysia MADANI serta kerjasama dalam memahami peradaban Islam dan Konfusianisme.

Beliau berkata perkara itu antara aspek menarik dalam pertemuan dua hala dengan Xi hari ini kerana ia mencerminkan keterbukaan China untuk memahami pandangan Malaysia mengenai konsep Madani serta kerjasama peradaban.

“Saya agak tertarik dengan ini, jarang berlaku dalam hubungan dua hala apabila kita melihat seorang presiden negara besar meneliti pandangan kita tentang MADANI dan juga kerjasama peradaban,” katanya kepada media Malaysia selepas pertemuan dengan Xi di Qilin Villa State Guest House hari ini.

Anwar berkata Xi sebelum ini turut menyatakan hasrat untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang berkenaan, termasuk melalui perbincangan, kajian dan usaha meningkatkan persefahaman antara peradaban Islam dan Konfusianisme.

Beliau berkata Malaysia akan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam usaha itu, termasuk menerusi universiti dan institusi pendidikan, bagi memperluas kajian serta pemahaman mengenai peradaban Islam, budaya China dan peradaban lain.

Menurut Perdana Menteri, kerjasama berkenaan merupakan sesuatu jarang berlaku, khususnya apabila sebuah negara bukan Islam yang besar menunjukkan kesediaan untuk menghormati pandangan Malaysia dan meneruskan usaha memahami peradaban Islam.

Anwar berkata inisiatif itu turut boleh diperkukuh melalui kerjasama pendidikan, pertukaran akademik serta peningkatan sektor pelancongan antara kedua-dua negara.

Beliau berkata pendekatan berkenaan penting dalam memperkukuh persefahaman, saling menghormati serta hubungan antara masyarakat berlainan budaya dan agama. – Bernama

Berita berkaitan
Jangan pertahan pemimpin rasuah kerana sebangsa: Mat Sabu
November 21, 2026· Politik
Pelumba cilik Pahang terima bantuan RM10,000 daripada PM
November 21, 2026· Isu semasa
Perdagangan Malaysia cecah RM436.61 bilion, rekod tertinggi dalam sejarah
November 20, 2026· Isu semasa
Isu Ahmad Maslan: Aziz Bari persoal prinsip tanggungjawab Kabinet, wajar letak jawatan
November 20, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Kes dadah TUDM: Kabinet akan bincang kawalan keselamatan pangkalan udara
9 jam lalu · Isu semasa
Penempatan Rohingya: Media antarabangsa lapor kerajaan Turkiye nafi kenyataan Zahid
9 jam lalu · Isu semasa
Penjara terlebih kapasiti, hampir 25,000 banduan dibebas secara lesen
9 jam lalu · Isu semasa
Lima syarikat Bumiputera berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia
10 jam lalu · Isu semasa
Eksekutif rugi RM617,000 diperdaya pelaburan aksesori kereta
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok